~LaKaRaN MinDa SeTuLus KaLbU~





Image hosted by Photobucket.com
HAPPY MOMENTS,PRAISE ALLAH.DIFFICULT MOMENTS,SEEK ALLAH.QUIET MOMENTS,WORSHIP ALLAH.PAINTFUL MOMENTS,TRUST ALLAH.MOGA SENTIASA DALAM KETENANGAN DIRI KITA

www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws


Photobucket - Video and Image Hosting
This Page Is Performing for aLL of My FrienDs ~~We will still be friends forever~~

Image hosted by Photobucket.comMy ProfileImage hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
+ About me +Growing up...


+ Syed Mohd Fadhullah b Syed Ishak|
+ 27 FebruarY 1983|
+ Muadzam Shah(Pahang)|
+ s_fadhullah99@hotmail.com|
+ Surfing anythin'|
+ To Be A Good Muslim|
+ To Be A Good Son|


Cinta Teragong



Anda Pengguna Yang Ke
Counter
website counter

Ukhwah.com :: Top Blog


| View Show | Create Your Own


Image hosted by Photobucket.comMy ArchivesImage hosted by Photobucket.com

August 2004
September 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
June 2005
July 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
June 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
September 2007
December 2007

Image hosted by Photobucket.comMy FriendSImage hosted by Photobucket.com

*SyahiD IdaMaN Ku *
*IsLam OuR LiFe *
*SaKiNaH *
*khazinatulasrar *
*IsKanDaR *
*aJOi *
*SaLiHiN *
*Dik Fie *
*DeQ LiLaH *
*rGodOng *
*FiKRi RaBat *
*Ros bLoGhoPPeR *
*aKmaL *
*wardiaH *
*aRe yOu *
*Sue *
*cHiptO *
*muSa'aD *
*aCHeeQ *
*aNiS *
*Seh aPPisS *
*BiRo HeLwi PMMM *
*eMy *
*CikGu HaZmaN *
*miftah *

Image hosted by Photobucket.comLaman2 ILmiaHImage hosted by Photobucket.com

*Web ShukuR *
*BicaRa SuFi *
*ZaharudiN *
*SaaiD Dot Net *
*Dr HM Tuah Iskandar *
*Jom!! Improve Our englisH *
*WeB RauDhaH *
*Ulama Malaysia *
*Sakura Collections *
*Dengar Qari Ngaji *
*Sejarah IsLaM *
*AL-AHKAM online *
*PROTECTION OF HIJAB *
*web islamic *
*TauQit tRaiN MoroCCo *
*How tO imPRove OuR EngLisH *
*IsLam OnLine *

Image hosted by Photobucket.comTauTaN MaHaBBaHImage hosted by Photobucket.com

*Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia *
*HIjjaZ *
*VirTuaLFrienDs *
*WeB UkhWaH *
*FaMiLy RaSt *
*FaMiLy aHLuL Bait *
*aHLuL Bait *
*aLwaN ComiCs *

Image hosted by Photobucket.comEnjin Pencari Dan E-MaiLImage hosted by Photobucket.com

*FrienDstEr *
*MaiL HotMaiL *
*MaiL YahOO *
*DesigNs For WordS *

Image hosted by Photobucket.comTV, Radio & AkhbaRImage hosted by Photobucket.com

*AkhBaR UtuSaN *
*AkhBaR BeriTa HarIan *
*AkhBaR Mahasiswa *
*AkhBaR NST *
*AkhBaR MetrO *
*AkhBaR DaiLy *
*BBC News *
*Jazeera English *
*Asia Times *
*CNN News *
*Malay MaiL *
*Malaysia TodaY *
*Bernama *
*AgendaDaiLy *
*The Star *

Image hosted by Photobucket.comIPTA/IPTS & SekoLaHImage hosted by Photobucket.com

*University of Ibnu TofaiL *
*Sek Men Keb Muadzam Jaya *
*My BeLoVeD ScHooL *
*WeB2 SeKoLAh *

Image hosted by Photobucket.comWeB SuKaNImage hosted by Photobucket.com

*My ReaL MaDriD *
*My CheLseA *
*SoCCerNet *
*LiVeScORe *

Image hosted by Photobucket.comLagu2 MP3 & LiriK2Image hosted by Photobucket.com

*dengar Lagu2 Nasyid english N Arabic *
*MP3 MaLaY N NasyiD *
*DunLoad Lagu2 dan VideO *
*bLog NasYid BeSt *
*SeSuMpaHStoRe *
*imeem.com *
*LiriK2 NasYiD *
*Dgr N Ambik Script Lagu *
*YouTube *
*DeNgaR MP3 Mr LoneLy *
*Grouper.com *
*tgK TV MaLaySia LIVE *
*DonloaD MP3 BiaSA *
*Lirik2 Lagu BiasA *

 



EPILOG SEORANG HAMBA



:::MenYemAi UkhuWWaH:::

:::MaHaBBaH FiLLah:::

:::BerteMu Dan BerpiSaH KeraNaNYA:::

"Ukhwah yg terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujung, dibentuk utk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata2 kerana redhaNya, menitis air mata tika merasa kemanisannya"



"PeLiharA IkaTaN PerSaHabatAn SeLamaNya"



Image hosted by Photobucket.comTagboardImage hosted by Photobucket.com

*KOMEN DI SINI *


+ Things To Do +Remember!!!


+ Kasihilah org yg membenci kita|
+ Senyumlah pada org yg menghina kita|
+ Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita|
+ Maafkanlah atas perbuatan mereka|
+ Berdoalah moga diberi petunjukNYA|
+ Amin Ya Rabb!!|
+ Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|



Image hosted by Photobucket.com


[-SyEd-]
AllRightsReserved

Tuesday, February 15, 2005

UKHUWAH atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian umat Islam dengan sebahagian lain. Ia merupakan ikatan rabbani, ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah, yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah. (Riwayat Imam Ahmad)
Di dalam ajaran Islam, persaudaraan adalah tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan umat, Islam menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali, dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwah bererti kemesraan, kasih sayang dan saling membantu, terutama terhadap mereka yang ditimpa musibah. Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-Balad ayat 17 yang bermaksud: Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu saling memutuskan silaturahim, janganlah kamu saling membelakangi, janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling berhasad dengki. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal (haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari.

Bermanis muka
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan). (Riwayat Muslim).
Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda : Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara makruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air.'' (Riwayat Tirmizi).
Selain itu Rasulullah juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwah ialah dengan memberikan hadiah. Sabdanya yang bermaksud: Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Dari sudut kejiwaan pula, ukhuwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w.: Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda), amalan itu lebih utama daripada ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini. (Riwayat Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih).
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama dalam bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim daripada satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya satu daripada kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat, dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim, nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya.
4. Ukhuwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda: Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya. (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya. (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit (mengucapkan yarhamukallah). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya. (Riwayat Muslim)
Mempertahankan
5. Ukhuwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya daripada seksaan api neraka pada Hari Kiamat. (Riwayat Tirmizi)
Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya. Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud: Doa seseorang Muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa : ``Amin, dan bagimu juga se-perti yang kamu doakan untuk saudaramu.
Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita, sudah tentulah kita perlu meminta ampun daripada Allah untuknya. Menurut Imam Ghazali dalam Ihya' ulumiddin, cara ini lebih baik dan praktikal daripada kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita.
Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita apabila kita melihat di kalangan umat Islam yang ditimpa ujian berupa kemalangan jiwa dan harta. Betapa pentingnya setiap Muslim secara komited tampil menyalurkan kepakaran masing-masing dengan lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik dan menjadi model kepada semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama mereka.

- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 4:18 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com