|
website counter
September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007
IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah
BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine
HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs
MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS
AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star
Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh
My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe
MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBA
+ Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|
[-SyEd-]
|
Wednesday, February 09, 2005 Palestin-Israel catat sejarah -- Mahmoud, Sharon setuju henti keganasan, sambung rundingan damai SHARM EL-SHEIK, Mesir 8 Feb. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dalam pertemuan bersejarah mereka di sini hari ini mengisytiharkan untuk saling menghentikan kesemua kegiatan ketenteraan dan keganasan di kedua-dua negara. Perisytiharan itu dilihat sebagai ikrar penting oleh kedua-dua pihak untuk menyambungkan semula rundingan damai Asia Barat yang terhenti sejak empat tahun lalu. Pada waktu yang sama, Sharon juga mengumumkan untuk membebaskan beratus-ratus banduan Palestin yang ditahan di penjara-penjara Israel. Sebelum ini, Israel telah mengumumkan akan membebaskan 900 banduan Palestin dalam tempoh tiga bulan. Sharon dan Mahmoud bertemu buat pertama kali dalam sidang kemuncak Asia Barat di sini hari ini untuk menghentikan keganasan yang telah berlarutan selama empat tahun di samping memulakan era rundingan damai yang baru. Kedua-dua pemimpin itu senyum lebar sewaktu menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum memulakan perbincangan mereka. Mahmoud kemudiannya mengisytiharkan: ``Kami bersetuju menghentikan kesemua tindakan ganas ke atas rakyat Palestin dan Israel di mana sahaja mereka berada.'' Sharon turut membuat ikrar yang sama dengan mengatakan: ``Hari ini, dalam pertemuan saya dengan Pengerusi Mahmoud, kami bersetuju kesemua penduduk Palestin akan menghentikan kesemua tindakan ganas ke atas rakyat Israel di mana saja mereka berada. ``Pada waktu yang sama, Israel akan menghentikan kesemua kegiatan ketenteraannya ke atas penduduk Palestin di mana sahaja mereka berada.'' Mahmoud juga berkata, masanya sudah tiba bagi rakyat Palestin menikmati kebebasan mereka. ``Peluang perdamaian yang baru telah dilahirkan di bandar perdamaian ini hari ini. Marilah kita berikrar untuk mempertahankannya,'' kata Mahmoud dalam rujukan kepada Sharm el-Sheikh, di mana rundingan damai sering diadakan pada masa lalu. Pertemuan Sharon-Mahmoud ini adalah yang pertama sejak Mahmoud menggantikan Yasser Arafat sebagai Presiden Palestin selepas kematiannya November lalu. ``Israel bersedia melangkah jauh dan kami akan memperkenalkan satu pakej insentif dan langkah-langkah yang membina keyakinan kepada Palestin bagi membolehkan mereka memulakan perjalanan yang jauh ke arah perdamaian. ``Bagaimanapun, ada satu perkara yang mesti dijelaskan di sini. Tiada sebarang tolak ansur atau kompromi dalam soal memerangi keganasan,'' kata penasihat kanan Sharon, Ranaan Gissin. - AP
Comments:
Post a Comment
|