|
website counter
September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007
IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah
BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine
HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs
MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS
AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star
Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh
My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe
MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBA
+ Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|
[-SyEd-]
|
Tuesday, February 15, 2005 PERTAMA kali melihatnya, sesiapa sahaja pasti akan terperangkap dengan paras rupanya. Sukar dipercaya, kerana raut wajahnya itu sama sekali tidak membayangkan kejinya jenayah yang dilakukan. Namun segera tersedar. Benarlah, jangan rupa yang fizikal itu dijadikan ukuran budi. Baru berusia 32 tahun, Mohd. Hafifi Md. Sarni (bukan nama sebenar) merupakan pesalah yang dijatuhkan hukuman mati akibat kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya. Menyedarinya, Hafifi meminta jangan ada sesiapa lagi menambahkan hukuman lain kerana yang sedia ada sudah terlalu berat untuk ditanggung. Itu pun tidak bermakna beliau merayu simpati, cuma mengharap agar catatan hidupnya ini dijadikan satu sejarah. Walaupun mungkin ada yang menganggap hukuman ini tidak lebih daripada `pencapaian' peribadinya sendiri, yang tidak ada kena mengena dengan orang lain. ``Sejarah saya perlu diambil pengajaran sepenuhnya terutama oleh golongan muda dan remaja. Jika mereka tidak tahu sejarah seperti ini, tidak mustahil golongan tersebut akan melakukan dan mengulang perkara yang sama. Tentu sahaja masa hadapan yang sama, akan menanti,'' katanya. Dari tarikh dijatuhkan hukuman iaitu pada 24 April 2003, Hafifi begitu berharap masih ada sedikit sinar kebebasan dengan permohonan pengampunan agar hukumannya dapat diringankan. Tekanan ``Walaupun terseksa oleh penantian dan kini umpama bergantung pada sehelai rambut, namun bagaimana dapat saya nafikan perubahan besar yang saya alami, walaupun ia mungkin dianggap normal bagi setiap yang berada dalam keadaan yang sama seperti saya ini,'' ujarnya. Kata-kata itu membayangkan Hafifi kini berada dalam keadaan yang lebih tenang dan tabah, malah mampu mengawal emosi. Tetapi mungkin juga tidak, Hafifi begitu berselera menghabiskan sepinggan mi goreng, sedangkan pada paginya mengadu hanya mampu meneguk secawan teh. ``Saya tidak ada masalah dengan menu penjara. Tetapi sekarang saya sudah terlalu lapar. Kalau tidak, selagi boleh tahan, saya tidak mampu menelan sebarang makanan,'' katanya. Keadaan demikian jelas membayangkan tekanan dalam jiwanya sehingga selera makannya hilang. Jika diundurkan waktu, tentu sekali Hafifi tidak menginginkan perjalanan hidup yang sebegini buruk. Berasal dari sebuah kampung di Kelang, Selangor, Hafifi mula terjebak dengan ganja semasa bekerja di sebuah kilang membuat kereta di Shah Alam. ``Saya hanya merokok ketika itu dan mula menghisap ganja apabila setiap kali waktu rehat tengah hari, lepak-lepak bersama beberapa kawan yang menghisap ganja di sebuah rumah di Seksyen 16, Shah Alam. ``Kawan-kawan sebenarnya pun tidak pernah cuba mempengaruhi saya. Tetapi lama kelamaan akibat ingin tahu, saya sendiri menawarkan diri mencuba ganja,'' katanya. Akhirnya, menghisap ganja menjadi rutinnya setiap kali tiba waktu rehat tengah hari. Namun sesuatu yang positif masih mampu dilakukan oleh Hafifi apabila beliau mengambil keputusan menyambung pelajaran di peringkat sijil dan diploma dalam seni bina di salah sebuah institut pendidikan swasta di Kuala Lumpur. Menghampakan Selama beberapa bulan, beliau berulang alik antara Kelang dan Kuala Lumpur, sehinggalah pada suatu hari Hafifi ditimpa kemalangan jalan raya yang hampir-hampir meragut nyawanya. ``Mujur saya segera dihantar ke hospital. Namun saya terlantar hampir dua bulan lamanya di rumah,'' katanya. Apabila semakin pulih, beliau seolah-olah membalas dendam akibat lama terbaring. Keluarganya mulai melihat perubahan yang sangat ketara pada dirinya, iaitu lebih banyak membuang masa bersama kawan-kawan yang tiada arah tujuan. Lepak, berhibur dan pulang lewat malam, tidur pula esoknya sepanjang hari, Hafifi benar-benar tidak mensyukuri nikmat dipanjangkan umur akibat kemalangan itu. Menyambung kembali pelajarannya, dianggap `buang duit dan masa' sahaja. Dan keputusan ini benar-benar menghampakan orang tuanya, malah nasihat ibunya dibiarkan bagai angin yang berlalu, tanpa sebarang kesan di hati. ``Berbekal sedikit kesedaran, saya kemudiannya mendapat pekerjaan di bahagian pemasaran sebuah kilang arak di Shah Alam. Itu pun bertahan tiga bulan sahaja. Pada hari yang saya yakin akan diserap sebagai pekerja tetap, saya sendiri menyerahkan surat berhenti kerja. ``Majikan yang menyerahkan surat pengesahan jawatan setelah berpuas hati dengan prestasi kerja saya selama ini, benar-benar terkejut dengan keputusan saya untuk berhenti,'' katanya. Hafifi tidak menafikan, perbuatannya itu merupakan kesilapan demi kesilapan yang dilakukannya semata-mata kerana mengikut telunjuk hawa nafsu. ``Pada mulanya, ibu bapa saya terkejut kerana saya bekerja di kilang arak. Tetapi saya benar-benar bertuah kerana mereka cukup memahami, walaupun tidak suka. Mereka memberi peluang supaya saya menjadi lebih bertanggungjawab. ``Tetapi saya tidak mahu hidup dihambat dengan punch card, beban kerja dan yang lebih teruknya, saya anggap kerja itu menghalang saya lepak dengan kawan-kawan,'' cerita Hafifi. Tidak lama kemudian, berbekalkan sedikit modal, Hafifi menjalankan perniagaan yang mendatangkan pendapatan yang mencukupi. Beliau membuka gerai makanan di satu kawasan perumahan di Kelang. Perniagaannya mampu memberikan perubahan positif terutama belajar bertanggungjawab dan menyahut cabaran. Namun Hafifi tetap mudah terjebak! Kali ini dalam erti kata kesilapan yang maha besar, iaitu mengedar ganja. ``Saya menghadapi masalah dalam perniagaan dan tidak mahu menyusahkan orang tua. Jadi saya mengambil jalan singkat dan mudah; mengedar ganja dengan ganjaran yang cukup lumayan! ``Bayangkan sekilo ganja yang dibeli dengan harga RM600, kemudiannya dijual dengan harga dua kali ganda malah mencecah RM1,800 hingga RM2,000 sekilo, saya membayangkan satu usaha yang cukup cekal berbanding membuat pinjaman bank. ``Lebih-lebih lagi kami (bersama beberapa orang kawan) bercadang mendapatkan hampir 80 kilogram ganja yang kemudiannya akan diproses semula atau dibuat dalam bentuk tiub dan rokok, ia menghasilkan jualan yang berkali-kali ganda lumayan!'' katanya mengenang diri yang lupa saat itu. Dengan siapa Hafifi bersekongkol, rupa-rupanya rakan kongsinya sendiri yang membuahkan idea supaya kegiatan keji ini menjadi jalan terbaik meningkatkan keuntungan kedai makan mereka. Hafifi mengimbas detik-detik perjalanan jenayahnya untuk mendapatkan bekalan dan mengedar ganja. Ternyata beliau bukan sahaja menempah maut, namun yang lebih mengharukan, membelakangkan perasaan orang tuanya. Tidak dapat dibayangkan apabila Hafifi tergamak melakukan perbuatan ini ketika kedua-dua ibu bapanya ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah. Dan yang lebih buruk lagi, ia berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan. ``Ketika menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang, saya sempat memeluk dan meminta terutama daripada ibu agar mendoakan saya sepeninggalan mereka,'' ujarnya dengan perasaan yang bercampur baur, menyedari perbuatan yang bakal dilakukannya itu tidak sahaja satu kesalahan besar, malah risikonya tidak terampunkan. ``Benarlah bagai yang didoakan ibu ketika berada di Tanah Suci dan tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada 29 Disember 1999, pukul 9 malam saya akhirnya kecundang di tangan pihak berkuasa apabila ditahan polis ketika hendak membayar tol di utara tanah air. ``Saat itu, tidak terbayang lagi betapa ngerinya tali gantung tetapi saya benar-benar terkejut betapa mudahnya Allah memakbulkan doa suci seorang ibu yang mengharapkan kebaikan untuk anaknya ini. Penahanan ini benar-benar memberikan kebaikan kepada diri saya yang tidak serik-serik dan tidak tahu menghargai doa dan harapan orang tua serta keluarga,'' katanya. Kepulangan orang tuanya dari Tanah Suci yang tidak disambut Hafifi menyebabkan mereka meneka sesuatu yang buruk telah terjadi! Bagai ditimpa langit yang runtuh, apabila disahkan Hafifi terlibat dalam pengedaran ganja dalam jumlah besar! ``Saya benar-benar kejam, kerana menyambut kepulangan mereka dari Mekah dengan peristiwa buruk ini. Tuduhlah apa sahaja, saya adalah anak yang tidak mengenang budi,'' katanya kesal. Namun Hafifi tetap diakui anak, malah yang lebih mengharukan, kejadian ini masih mampu diterima dengan lapang dada oleh orang tuanya. Tanpa sempat berehat, keesokan harinya mereka berkejar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang untuk mengetahui nasib Hafifi. Cerita Hafifi lagi: ``1 Syawal, ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, kami bertemu dalam suasana yang sungguh mengharukan. Hangat air mata ibu yang tumpah masih saya rasakan hingga hari ini. Begitu juga pelukan ayah yang tabah berkata: ``Apa yang berlaku ini, Abah anggap satu dugaan bagi Abah! Abah mesti kuat. Begitu juga dengan Ateh (panggilan mesra Hafifi) juga mesti anggap ini satu dugaan dan kena hadapi dengan tabah!'' Sehinggalah dipanggil untuk bicara mahkamah dan menjalani sesi-sesi perbicaraan yang berlarutan berbulan-bulan lamanya, Hafifi akhirnya tetap disabitkan kesalahan oleh hakim dan dijatuhkan hukuman yang paling ditakuti. Namun hakikat yang cukup pilu, ibu bapa Hafifi masih mampu melalui saat-saat sukar dengan setia mendampingi anak yang telah dijatuhkan hukuman ngeri ini. ``Setiap bulan, awal-awal pagi lagi mereka sudah menunggu di luar penjara untuk menemui saya. Ibu kini tidak lagi bergenang air mata tetapi beliau tunjukkan senyuman untuk menjadi bekal yang menjadi sumber kekuatan saya di sini. ``Begitu juga abah.... `' ujar Hafifi tidak mampu menghabiskan kalimatnya. Moga pengalaman ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya tidak mudah terjebak dan leka dengan kekayaan dunia.
Comments:
Post a Comment
|