~LaKaRaN MinDa SeTuLus KaLbU~





Image hosted by Photobucket.com
HAPPY MOMENTS,PRAISE ALLAH.DIFFICULT MOMENTS,SEEK ALLAH.QUIET MOMENTS,WORSHIP ALLAH.PAINTFUL MOMENTS,TRUST ALLAH.MOGA SENTIASA DALAM KETENANGAN DIRI KITA

www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws


Photobucket - Video and Image Hosting
This Page Is Performing for aLL of My FrienDs ~~We will still be friends forever~~

Image hosted by Photobucket.comMy ProfileImage hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
+ About me +Growing up...


+ Syed Mohd Fadhullah b Syed Ishak|
+ 27 FebruarY 1983|
+ Muadzam Shah(Pahang)|
+ s_fadhullah99@hotmail.com|
+ Surfing anythin'|
+ To Be A Good Muslim|
+ To Be A Good Son|


Cinta Teragong



Anda Pengguna Yang Ke
Counter
website counter

Ukhwah.com :: Top Blog


| View Show | Create Your Own


Image hosted by Photobucket.comMy ArchivesImage hosted by Photobucket.com

August 2004
September 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
June 2005
July 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
June 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
September 2007
December 2007

Image hosted by Photobucket.comMy FriendSImage hosted by Photobucket.com

*SyahiD IdaMaN Ku *
*IsLam OuR LiFe *
*SaKiNaH *
*khazinatulasrar *
*IsKanDaR *
*aJOi *
*SaLiHiN *
*Dik Fie *
*DeQ LiLaH *
*rGodOng *
*FiKRi RaBat *
*Ros bLoGhoPPeR *
*aKmaL *
*wardiaH *
*aRe yOu *
*Sue *
*cHiptO *
*muSa'aD *
*aCHeeQ *
*aNiS *
*Seh aPPisS *
*BiRo HeLwi PMMM *
*eMy *
*CikGu HaZmaN *
*miftah *

Image hosted by Photobucket.comLaman2 ILmiaHImage hosted by Photobucket.com

*Web ShukuR *
*BicaRa SuFi *
*ZaharudiN *
*SaaiD Dot Net *
*Dr HM Tuah Iskandar *
*Jom!! Improve Our englisH *
*WeB RauDhaH *
*Ulama Malaysia *
*Sakura Collections *
*Dengar Qari Ngaji *
*Sejarah IsLaM *
*AL-AHKAM online *
*PROTECTION OF HIJAB *
*web islamic *
*TauQit tRaiN MoroCCo *
*How tO imPRove OuR EngLisH *
*IsLam OnLine *

Image hosted by Photobucket.comTauTaN MaHaBBaHImage hosted by Photobucket.com

*Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia *
*HIjjaZ *
*VirTuaLFrienDs *
*WeB UkhWaH *
*FaMiLy RaSt *
*FaMiLy aHLuL Bait *
*aHLuL Bait *
*aLwaN ComiCs *

Image hosted by Photobucket.comEnjin Pencari Dan E-MaiLImage hosted by Photobucket.com

*FrienDstEr *
*MaiL HotMaiL *
*MaiL YahOO *
*DesigNs For WordS *

Image hosted by Photobucket.comTV, Radio & AkhbaRImage hosted by Photobucket.com

*AkhBaR UtuSaN *
*AkhBaR BeriTa HarIan *
*AkhBaR Mahasiswa *
*AkhBaR NST *
*AkhBaR MetrO *
*AkhBaR DaiLy *
*BBC News *
*Jazeera English *
*Asia Times *
*CNN News *
*Malay MaiL *
*Malaysia TodaY *
*Bernama *
*AgendaDaiLy *
*The Star *

Image hosted by Photobucket.comIPTA/IPTS & SekoLaHImage hosted by Photobucket.com

*University of Ibnu TofaiL *
*Sek Men Keb Muadzam Jaya *
*My BeLoVeD ScHooL *
*WeB2 SeKoLAh *

Image hosted by Photobucket.comWeB SuKaNImage hosted by Photobucket.com

*My ReaL MaDriD *
*My CheLseA *
*SoCCerNet *
*LiVeScORe *

Image hosted by Photobucket.comLagu2 MP3 & LiriK2Image hosted by Photobucket.com

*dengar Lagu2 Nasyid english N Arabic *
*MP3 MaLaY N NasyiD *
*DunLoad Lagu2 dan VideO *
*bLog NasYid BeSt *
*SeSuMpaHStoRe *
*imeem.com *
*LiriK2 NasYiD *
*Dgr N Ambik Script Lagu *
*YouTube *
*DeNgaR MP3 Mr LoneLy *
*Grouper.com *
*tgK TV MaLaySia LIVE *
*DonloaD MP3 BiaSA *
*Lirik2 Lagu BiasA *

 



EPILOG SEORANG HAMBA



:::MenYemAi UkhuWWaH:::

:::MaHaBBaH FiLLah:::

:::BerteMu Dan BerpiSaH KeraNaNYA:::

"Ukhwah yg terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujung, dibentuk utk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata2 kerana redhaNya, menitis air mata tika merasa kemanisannya"



"PeLiharA IkaTaN PerSaHabatAn SeLamaNya"



Image hosted by Photobucket.comTagboardImage hosted by Photobucket.com

*KOMEN DI SINI *


+ Things To Do +Remember!!!


+ Kasihilah org yg membenci kita|
+ Senyumlah pada org yg menghina kita|
+ Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita|
+ Maafkanlah atas perbuatan mereka|
+ Berdoalah moga diberi petunjukNYA|
+ Amin Ya Rabb!!|
+ Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|



Image hosted by Photobucket.com


[-SyEd-]
AllRightsReserved

Monday, February 28, 2005

Imam Syafie tokoh ilmuan dan Penghulu Fuqaha'

IMAM Al-Syafie atau namapenuhnya Muhammad bin Idris bin Abbas alsyafie sebagai seorang imam mujtahid yang mengasaskan mazhab fiqh masyhur diberikan pelbagai gelaran yang menggambarkan ketokohannya di bidang ilmu. Antaranya al-Imam Zayn al-Fuqaha(imam hiasan fuqaha), Sayyid al-Fuqaha(penghulu fuqaha) dan Taj al-Fuqaha(mahkota fuqaha).

Ketokohan beliau adalah hasil pengembaraan ilmu panjang yang dilaluinya termasuk ke Makkah, Madinah, Baghdad, Narjan dan Palestin.Pendapat kuat menyatakan Imam Syafie dilahirkan di Ghaza, Palestin. Sebaik kematian bapanya, ibu beliau membawanya berhijrah ke Makkah ketika berusia dua tahun. Penghijrahan ini dilakukan untuk mendekatkan beliau dengan asal usul keturunannya iaitu Quraisy. Namun, ibunya dikatakan seorang bijak dan faqih. Justeru, tentu penghijrahan ini mempunyai matlamat yang lebih jauh iaitu untuk mendekatkan Imam Syafie dengan ilmuwan Makkah. Makkah pula dikelilingi oleh persekitaran Badwi yang boleh membina kelancaran dan kepetahan berbahasa.Sebagai anak yatim, beliau hidup dalam kemiskinan. Namun, ia tidak menghalang beliau meneruskan pengajian ilmu. Pada peringkat awal, gurunya sendiri kurang memberikan perhatian kepadanya. Hal ini kerana ibunya tidak mampu untuk melunaskan yuran pengajian. Namun, sebaik menyedari kebolehan dan kebijaksanaan luar biasa Imam Syafie, gurunya melantik beliau sebagai guru muda kepada kanak-kanak yang lebih kecil.Dengan itu yuran pengajian tidak perlu lagi dilunaskan oleh beliau. Imam Syafie menghafaz al-Quran seawal usia tujuh tahun dan menghafaz hadis muwata’ susunan Imam Malik ketika berumur 10 tahun.Pada peringkat awal, Imam Syafie amat meminati ilmu bahasa Arab dan sejarah manusia.

Pada suatu ketika, beliau keluar dari Makkah dan tinggal bersama suku Hudhayl, antara suku Arab yang paling fasih bahasanya bagi mendalami dan menguasai bahasa Arab yang betul dan sastera Arab. Beliau menceritakan: “Saya keluar dari Makkah, lalu tinggal bersama suku Hudhayl. Saya mempelajari percakapan mereka dan mengambil kebudayaan mereka.”Keadaan ini menjadikan Imam Syafie sebagai pakar bahasa yang dirujuk oleh ilmuwan Islam. Ketokohan beliau di bidang bahasa diakui tokoh bahasa dan sastera iaitu al-Asma`i. Kepakaran ini membantunya menjadi seorang mujtahid yang mampu mendalami makna yang tersirat di dalam al-Quran dan hadis yang sememangnya datang dalam bahasa Arab yang fasih. Tidak menghairankan apabila beliau diizinkan memberi fatwa oleh gurunya Muslim bin Khalid al-Zinji seawal usia 15 tahun. Beliau juga menjadi seorang penyair dan mempunyai antologi syair tersendiri dinamakan Diwan Shafi’e. Beliau beralih mempelajari fiqh selepas ditegur oleh Imam Muslim al-Zinji, Mufti Makkah ketika itu. Apabila melihat Imam Syafie sangat meminati dan mahir dalam ilmu bahasa, beliau menyarankan agar kebijaksanaannya dialihkan pula kepada pengajian fiqh. Guru awal beliau di bidang hadis dan fiqh ketika di Makkah ialah Muslim al-Zinji bin Khalid. Beliau juga mempelajari fiqh dan hadis daripada Sufyan bin `Uyaynah yang mengadakan halaqah ilmu berhampiran Kaabah dan Sa’id bin Salim al-Qaddah.Kesungguhan untuk menuntut ilmu ditunjukkan oleh Imam Syafie apabila beliau sendiri berusaha memungut kertas terpakai di pejabat kerajaan untuk menggunakan halaman yang belum ditulis. Imam Syafie juga memungut kepingan tembikar, kulit dan tulang bahu unta untuk menulis hadis dan bahan pengajian lain.Beliau bercita-cita untuk menuntut ilmu hadis daripada Imam Malik, meskipun menghafaz kitab Mutawwa susunan Imam Malik ketika berumur 10 tahun. Berikutan itu beliau berhijrah ke Madinah ketika berusia 20 tahun iaitu pada 170 hijrah.Sebelum ke Madinah, beliau terlebih dulu mendapatkan surat akuan daripada pemerintah Makkah iaitu satu untuk pemerintah Madinah dan satu lagi bagi Imam Malik. Dengan pertolongan pemerintah Madinah, akhirnya Imam Syafie berjaya berguru dan seterusnya mendampingi Imam Malik selama sembilan tahun hingga beliau wafat pada tahun 179 hijrah/796 masihi.Pada awal pertemuan mereka, Imam Malik merenung wajah Imam Syafie lalu mengulas: “Bertakwalah kepada Allah, jauhkanlah dirimu daripada maksiat. Sesungguhnya engkau akan menjadi orang yang penting. Allah mencampakkan cahayanya pada hatimu, justeru, janganlah kamu padamkannya dengan maksiat.”Beliau juga sempat berguru dengan Ibrahim bin Abu Yahya dan fuqaha Madinah lain. Jika diperhatikan, guru Imam Syafie di Makkah dan Madinah ialah tokoh fiqh aliran hadis zaman beliau.Selepas kematian Imam Malik, Imam Syafie kembali ke Makkah. Di sana beliau berkesempatan berkenalan dengan pembesar Yaman yang datang dalam siri lawatannya ke Hijaz. Tertarik dengan kehebatan ilmu Imam Syafie, beliau dilantik menjadi pemerintah Najran. Sepanjang pemerintahannya beliau tidak mudah termakan dengan sikap bermuka-muka segelintir pegawai. Apabila pegawai yang bermuka-muka ini merasakan tuntutan dan keinginan mereka tidak dilayani dan tidak diendahkan Imam Syafie, mereka memfitnah beliau bersekongkol dengan golongan Shi’ah `Alawiyah untuk menggulingkan kerajaan Abbasiyyah. Perkara ini menyebabkan Khalifah al-Rashid mengeluarkan arahan menangkap beliau dan seterusnya dibawa ke Baghdad dalam keadaan tangan digari. Al-Rashid yang tertarik dengan kepetahan berhujah dan kebijaksanaan Imam Syafie, akhirnya membebaskan beliau.Sewaktu di Yaman beliau sempat menuntut ilmu daripada Kadi San’a, Mutraf bin Mazin al-San’ani; Hisham bin Yusuf; `Amru bin Abi Salamah, sahabat baik Imam al-Auza’i dan Yahya bin Hassan, sahabat baik al-Laith bin Sa’ad.






- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 5:30 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com