|
website counter
September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007
IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah
BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine
HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs
MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS
AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star
Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh
My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe
MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBA
+ Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|
[-SyEd-]
|
Sunday, February 20, 2005 HargaiLah PerSaHaBatAn Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.
Comments:
Post a Comment
|