| My Profile
website counter | View Show | Create Your Own My Archives September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007 My FriendS IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah Laman2 ILmiaH BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine TauTaN MaHaBBaH HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs Enjin Pencari Dan E-MaiL MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS TV, Radio & AkhbaR AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star IPTA/IPTS & SekoLaH Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh WeB SuKaN My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe Lagu2 MP3 & LiriK2 MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBATagboard + Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|
[-SyEd-]
|
Friday, June 17, 2005 FORMULA PEMAKANAN GENIUS2 ISLAM 1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai *shifa* iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar *Raja Ubat*, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah S.A.W bersabda, *Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu*. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit2 mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya. 2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca Bismillah dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. 3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah S.A.W menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca Bismillah 4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli2 kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi S.A.W, *Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah Taal memerintahkannya supaya memakan telur*. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. 5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Syed pernah makan gula2 haLia. WaLaupon rasenye tak berape, tapi oklah utk kesihatan. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. 6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau2 jenis lain juga elok untuk diamalkan. 7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, *Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.* 8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya. 9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya. 10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. 11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. 13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi. 14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan. 15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. 16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. 17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental. 18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja. 19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. 20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. 21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. 22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori *Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T* * ArtikeL Nie disUmBangKan oLeh SaHabat Syed. Buat Member2 SemeR I am sorry if I had hurt your feelings with my actions. SaLam buat SeMua:) Aduss...lamer dah tak menulis dlm blog nie lantaran kesibukan mase...alhamdulillah dpt gaklah type kat sini sket2...before that; nak bagitau yg sebenornye Syed tak type dlm blog nie sbbnye, tgh nak hadapi Final exam..so, lambat sketlah nak jenguk2 blog nie..tuelah pasai...but it's ok..dpt gaklah jenguk kejap...dan tulis sket2 kat sini...s'kang nie dah pon lepas 11 subject..just tinggal satu lagi paper nak abis final exam..yea hoo!!hihihi....apepon, syed nak ucapkan Good Luck pade semua kengkawan yg byk menyokong Syed selama nie dlm meneruskan perjuangan..cewah..ayat best jerr..huhuhu...ok, salam ceria dan salam hormat..Syed doakan moge korang semer berjaya dlm hidup korang sendiri..buy2..wassalam..:) |