~LaKaRaN MinDa SeTuLus KaLbU~





Image hosted by Photobucket.com
HAPPY MOMENTS,PRAISE ALLAH.DIFFICULT MOMENTS,SEEK ALLAH.QUIET MOMENTS,WORSHIP ALLAH.PAINTFUL MOMENTS,TRUST ALLAH.MOGA SENTIASA DALAM KETENANGAN DIRI KITA

www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws


Photobucket - Video and Image Hosting
This Page Is Performing for aLL of My FrienDs ~~We will still be friends forever~~

Image hosted by Photobucket.comMy ProfileImage hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
+ About me +Growing up...


+ Syed Mohd Fadhullah b Syed Ishak|
+ 27 FebruarY 1983|
+ Muadzam Shah(Pahang)|
+ s_fadhullah99@hotmail.com|
+ Surfing anythin'|
+ To Be A Good Muslim|
+ To Be A Good Son|


Cinta Teragong



Anda Pengguna Yang Ke
Counter
website counter

Ukhwah.com :: Top Blog


| View Show | Create Your Own


Image hosted by Photobucket.comMy ArchivesImage hosted by Photobucket.com

August 2004
September 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
June 2005
July 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
April 2006
June 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
September 2007
December 2007

Image hosted by Photobucket.comMy FriendSImage hosted by Photobucket.com

*SyahiD IdaMaN Ku *
*IsLam OuR LiFe *
*SaKiNaH *
*khazinatulasrar *
*IsKanDaR *
*aJOi *
*SaLiHiN *
*Dik Fie *
*DeQ LiLaH *
*rGodOng *
*FiKRi RaBat *
*Ros bLoGhoPPeR *
*aKmaL *
*wardiaH *
*aRe yOu *
*Sue *
*cHiptO *
*muSa'aD *
*aCHeeQ *
*aNiS *
*Seh aPPisS *
*BiRo HeLwi PMMM *
*eMy *
*CikGu HaZmaN *
*miftah *

Image hosted by Photobucket.comLaman2 ILmiaHImage hosted by Photobucket.com

*Web ShukuR *
*BicaRa SuFi *
*ZaharudiN *
*SaaiD Dot Net *
*Dr HM Tuah Iskandar *
*Jom!! Improve Our englisH *
*WeB RauDhaH *
*Ulama Malaysia *
*Sakura Collections *
*Dengar Qari Ngaji *
*Sejarah IsLaM *
*AL-AHKAM online *
*PROTECTION OF HIJAB *
*web islamic *
*TauQit tRaiN MoroCCo *
*How tO imPRove OuR EngLisH *
*IsLam OnLine *

Image hosted by Photobucket.comTauTaN MaHaBBaHImage hosted by Photobucket.com

*Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia *
*HIjjaZ *
*VirTuaLFrienDs *
*WeB UkhWaH *
*FaMiLy RaSt *
*FaMiLy aHLuL Bait *
*aHLuL Bait *
*aLwaN ComiCs *

Image hosted by Photobucket.comEnjin Pencari Dan E-MaiLImage hosted by Photobucket.com

*FrienDstEr *
*MaiL HotMaiL *
*MaiL YahOO *
*DesigNs For WordS *

Image hosted by Photobucket.comTV, Radio & AkhbaRImage hosted by Photobucket.com

*AkhBaR UtuSaN *
*AkhBaR BeriTa HarIan *
*AkhBaR Mahasiswa *
*AkhBaR NST *
*AkhBaR MetrO *
*AkhBaR DaiLy *
*BBC News *
*Jazeera English *
*Asia Times *
*CNN News *
*Malay MaiL *
*Malaysia TodaY *
*Bernama *
*AgendaDaiLy *
*The Star *

Image hosted by Photobucket.comIPTA/IPTS & SekoLaHImage hosted by Photobucket.com

*University of Ibnu TofaiL *
*Sek Men Keb Muadzam Jaya *
*My BeLoVeD ScHooL *
*WeB2 SeKoLAh *

Image hosted by Photobucket.comWeB SuKaNImage hosted by Photobucket.com

*My ReaL MaDriD *
*My CheLseA *
*SoCCerNet *
*LiVeScORe *

Image hosted by Photobucket.comLagu2 MP3 & LiriK2Image hosted by Photobucket.com

*dengar Lagu2 Nasyid english N Arabic *
*MP3 MaLaY N NasyiD *
*DunLoad Lagu2 dan VideO *
*bLog NasYid BeSt *
*SeSuMpaHStoRe *
*imeem.com *
*LiriK2 NasYiD *
*Dgr N Ambik Script Lagu *
*YouTube *
*DeNgaR MP3 Mr LoneLy *
*Grouper.com *
*tgK TV MaLaySia LIVE *
*DonloaD MP3 BiaSA *
*Lirik2 Lagu BiasA *

 



EPILOG SEORANG HAMBA



:::MenYemAi UkhuWWaH:::

:::MaHaBBaH FiLLah:::

:::BerteMu Dan BerpiSaH KeraNaNYA:::

"Ukhwah yg terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujung, dibentuk utk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata2 kerana redhaNya, menitis air mata tika merasa kemanisannya"



"PeLiharA IkaTaN PerSaHabatAn SeLamaNya"



Image hosted by Photobucket.comTagboardImage hosted by Photobucket.com

*KOMEN DI SINI *


+ Things To Do +Remember!!!


+ Kasihilah org yg membenci kita|
+ Senyumlah pada org yg menghina kita|
+ Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita|
+ Maafkanlah atas perbuatan mereka|
+ Berdoalah moga diberi petunjukNYA|
+ Amin Ya Rabb!!|
+ Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|



Image hosted by Photobucket.com


[-SyEd-]
AllRightsReserved

Monday, March 21, 2005

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.Allah swt tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih. Allah swt sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja. Allah swt sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman- temanmu terlalu sibuk untuk dirimu. Allah swt selalu berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Allah swt punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan. Allah swt dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan. Allah swt sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur. Allah swt telah memberkatimu

Ketika segala sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban. Allah swt telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi. Allah swt sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap. Allah Taala tahu.
Cukuplah Allah sahaja yang mengetahui.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun Lagi MAha Mengasihani. Ya Allah!!!



- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 4:55 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Tuesday, March 15, 2005

BaCe CitEr Nie!!!

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "

Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuahpenampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... .. "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apayang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. " Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.





- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 10:10 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Friday, March 11, 2005

Nasyid's Tour
Assalamualaikum kepade para pembaceku yg budiman..huhuhu..harinie kawe akan bawe anda mendengar beberapa siri konsert nasyid yg telah kami adekan kat sini...memuler sekali kami dijemput utk buat show nasyid kat Rabat(Bandar Metropolitan)...kat Hospital Kanser...Alhamdulillah semuanye b'jln dgn baik...best tue mmg bestlah...cam biase jerlah...adn ade lah beberape lagu yg telah kami persembahkan pade depa2 nie...ramai org2 tue..maklumlah semuanye org tue2 dlm hospital nie....it's ok...show ptg tue dihangatkan lagi dgn kehadiran pelakon terkenal Morocco==> Rachid....sedap jugak rupenye sore dia...muahahaha...pastue, kami dijamukan dgn makan tajin daging kambing..Ya Allah, byk giler nak kene abiskan...but, kitaorg makan jerlah..benda dah ade depan mater...kucing pon nak makan kalu nampak..
Pastue, show seterusnye kat Tanger(Utara Morocco) pade 4hb mac 2005..Alhamdulillah semuanye b'jln dgn baik...kami pergi dgn 8 anggota (Boy, Akkiss, Seh Appis, Mimie, Muaz, Afiq, Ajoi dan 'aku' lah)dr Kenitra dan 2 org ahli (AcheeQ and ChiPtO) dr Tetuan...kami kene buat show kat Universiti Malik As Saadi...belah petang di dewan kuliahnye and then, malam lepas isya' kat hayyi(hostel) kuliah...ade lah lbh krg dekat 20 jugak kot lagu yg dibawak...campur dua2 sessi tue...alhamdulillah tempat penginapan pon selesa...dan makan pon kire ok jugaklah walaupon makan sandwich...semuanye rezeki Allah...kami duk saner, sehari semalam...sambutan yg kami tgk di saner di luar dugaan...alhamdulillah semuanye gembira dgn kedatangan kami...and then, pade 5hb Mac 2005, kami bertolak ke Tetuan..singgah ke umah student Malaysia kat situ...lucnh kat situ...and then, balik terus ke kenitra pade belah petangnye...lepas maghrib kami bertolak dgn bas ke Kenitra semule...dan sampai ke Kenitra lbh krg kul 11 pm...letih gaklah...but, alhamdulillah show di Tanger seronok giler2 bagi kami..disamping dapat berdakwah, dapat gak kami mengetahui cara pergaulan org kat situ dan bahasenye...
oh yer, mase tgh perjalanan, bas yg kami naik, singgah solat dan makan kejap...alhamdulillah lega kejap perot yg ketike tue menggoncang bagaikan ombak tsunami...setibenye kat umah di Kenitra, rehat2 makan malam jap, and then, terus masuk bilik peraduan..muahahaha..tidurlah...ok, moge kite bersua kembali...minggu depan di Casablanca plak..nantikan show di saner...buy buy..wassalam...Salam Muhibbah dan Salam Ukhuwwah...




- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 1:32 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Monday, March 07, 2005



Dedikasi buat ibuku, cinta pertamaku yg hakiki!

Selepas cinta yg terutama - Ar-Rahman .. pemilik hati ini,
Selepas kekasih - Muhammad ar-Rasul al-Mustafa .. pemimpin jalan hidup ini,
buat ibu, cinta pertamaku yg hakiki!

Ummi ... ada terlalu banyak hari dalam hayat ini ...yang dalamnya ingin aku dakapi ummi, ingin ku kucup dahimu dan kedua pipi, ingin aku tutur kata kecintaan ku yg teramat di hati, dan ingin aku buktikan kebenaran kata & rasa cinta ini, selalu ... pdmu yg sungguh aku kasihi! namun Ummi, begitu banyak hari dalam hidup ini ... cintaku tak terlahir seperti yg diingini, tiada dakapan, tiada kucupan, cukup sukar untuk aku menuturkan ...

"Aku Cinta UMMI" ya ... "Aku Cinta UMMI" dengan pasti, terlalu pasti!
dan aku pasti jua kecintaanmu padaku, dari pengorbanan dan hari-hari hidupmu bersamaku ... namun aku tak pasti, adakah dakapan, kucupan dan kata-kata itu sama diingini, oleh Ummi yang cukup aku sayangi ... dan adakah ia cukup untuk menghiburkan hati Ummi, cinta pertamaku yg hakiki!

kerna aku ini Ummi, "pemberian" Ilahi ... yg lahir dari segala kebaikan, dan dalam segala kebaikan & fitrah yg suci .. namun aku kini tidak sebegitu lagi ... begitu banyak kata2 Ummi yang aku ingkari, betapa banyak ekspresi yg aku zahirkan, yg pasti cukup utk melukai, hati insan yg paling aku sayangi ...

Begitu banyak cita-citamu ... yg tak bisa aku tunaikannya, begitu banyak perbezaan cara, antara Ummi dan aku, seorang ibu & anaknya ... meski hakikatnya cita-cita kita terlalu sama ... dan entah kenapa, dalam terlalu banyak perkara, kerdilnya diri ini terasa, tak bisa jadi "anak Ummi" bak yg dicita-cita ... kerana Ummi hampir terlalu sempurna, kerana Ummi terlalu banyak pengorbanannya, kerana Ummi bisa merasa cukup dgn Tuhannya, meski dunia meninggalkannya sendirian cuma! dan kerana Ummi yg aku cintai itu, terlalu asyik menerima, dengan tabah & dengan rela, tajam kataku menyakitinya, tawar wajahku memandangnya, bentakku dan 1001 kesalahanku yg tak pernah ada penghabisannya ...

maafkan aku Ibu, ampuni aku Mama, redhai aku Ummi ...
inilah aku anakmu, datang memohon ampun & redhamu, dalam hina dan penuh dosa, dalam lahir & batin yg x sepertinya ...
Ummi, sungguh aku cintakanmu! meski tak bisa terucap selalu, meski tak bisa terzahir ... dengan dakap & kucup, dengan hadiah-hadiah istimewa, mahupun wajah penuh cinta, dan ketaatan yg sempurna ...

sungguh cinta ini Ummi, tetap adanya di dalam hati, tak pernah terusik, dan dengan izinNya ... tak akan sekali-kali berubah meski usia ditelan dek masa, dan zaman merubah suasana ... namun duhai Ummi, perlu aku akui, tak bisa aku jadi ... selain DIRI AKU SENDIRI ... dan inilah AKU yg x sepertinya, menagih cinta, ampunan & redha, dari ibuku, mamaku, Ummi ... cinta pertamaku yg hakiki, yg selama-lamanya aku sayangi!

Maafkan aku yg ini Ummi, yg x sepertinya dan sering melukai, jiwa halusmu yg amat aku cintai! akan ku cuba merubahnya, Insya Allah, hingga jadi anak soleh yg dicita, "anak Ummi" yg dikasihi dan diredhainya! hanya dgn redhamu Ummi, bisa aku bertemuNya, dalam suci & tenang yg abadi ... dan moga begitulah kita nanti, berkasih, bercinta di taman syurga yg hakiki, dalam nikmat agungNya, asyik merai cinta ILAHI ...

Duhai Ummi, usah biar aku sendiri, pulang dalam kegelapan, dek kesilapanku yg tak terbilang, dek kecuaian yg tak aku terhitungkan, dek cita-citamu yg pernah aku gagalkan, dek ribuan luka dan kesedihan yg aku lukiskan, pd jiwa halus Ummi yg aku cintakan! maafkan aku Ibu, ampuni aku Mama, redhai aku Ummi ...
sungguh UMMI ... kaulah cinta pertamaku yg hakiki! bukan sekadar kata-kata, namun dgn jiwa cinta yg pasti!

Doakan aku Ummi, ampunilah & redhakanlah diri ini, moga aku jadi hambaNya yg sejati, anakmu, teman di syurgaNya nanti ... terima kasih Ummi untuk semuanya, terima kasih Ummi kerana segala-galanya, terima kasih Ummi ... yg tidak terhingga ...

"ismuki manqusyun fi qalbi" "wa du'a-i yahfadzuki Rabbi ..." -namamu terpahat di hatiku -dan doaku moga Allah memeliharamu ..





- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 2:12 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *





Pengembangan Seni Islam
Seharusnya kita sebagai ummat Islam dapat memanfaatkan seni Islam atau kebudayaan Islam dalam kehidupan seharian kita. Kita sebagai generasi tonggak pengemudi generasi muda tidak sepatutnya terleka atau terpesona dengan budaya atau keseniaan barat yang sering diagong2kan. Dalam Islam sendiri, terdapat pelbagai jenis keseniaan yang kita masih belum ketahui. Boleh jadi yang kita tahu hanya sebahagiaan saje. Sebab itulah, untuk memartabatkan agama Islam di muka Bumi Allah kita mestilah sentiasa 'acuh' pada perkara2 sebegini rupa. Terdapat juga seni kraf Islam serta seni ukiran kayu yang terdiri dari pelbagai jenis. Moga2, kita memanfaatkan seni keseniaan Islam yang ada supaya agama Islam itu sendiri tidak mudah terjajah kesan dari kelekaan ummatnya. Dan kita ambillah iktibar dan pengajaran atas segala kejadian yg Allah timpakan pada kita dalam kehidupan. Moga kita digolongkan dikalangan hamba2Nya yg beramal soleh pada-Nya. Amin Ya Rabb.





- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 12:10 AM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Thursday, March 03, 2005



Sisipan Seni 5-Mushaf di Nusantara: Perkembangan asas kegemilangan alam Melayu


Dari Champa di Utara dan Jawa di Selatan, dari Sumatera di Barat dan Kepulauan Sulu di Timur, rantau Nusantara kaya dengan keunikan manuskrip-manuskrip al-Qurannya, sebagaimana kekayaan rempah ratusnya yang menjadi rebutan dunia.

Islam menggalakkan umatnya membaca al-Quran dan mempelajari ilmu. Bila ada keperluan membaca, maka timbullah budaya penulisan. Perkaitan ini telah menyemarak budaya penyalinan al-Quran dan memperkembangkan budaya membaca dan menulis di kalangan umat Melayu. Ia menjadi sebab utama kelahiran tulisan Jawi dan menjadi punca ledakan ilmu yang berlaku di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Perkembangan seni mushaf seiring dengan perkembangan Islam di Nusantara. Islam pertama kali menjejak kaki di Nusantara pada abad ke 13M di Acheh. Menurut catatan Marco Polo, Sultan kerajaan ini bernama Merah Silu, yang kemudian mengubah nama kepada al-Malikus-Saleh. Dari detik itu, Nusantara membuka tirainya kepada Islam melalui seorang ‘Raja Yang Saleh’. Islam yang dibawa oleh pedagang dari Asia Barat membawa mesej keindahan, kehebatan dan tamadun. Mungkin inilah yang menggamit hati Sultan Merah Silu untuk menerima Islam. Mungkin antara kehebatan tersebut ialah manuskrip al-Quran beriluminasi. Ini kerana abad ke 13M adalah abad kegemilangan seni mushaf dan budaya Islam yang lain di Asia Barat.

Budaya pembacaan al-Quran telah menjadi sebab orang Melayu menukar tulisannya kepada satu tulisan baru ketika itu yang dikenali sebagai tulisan ‘Jawi’. Ia adalah abjad-abjad Arab yang digunakan di dalam al-Quran. Sebelum itu Melayu menggunakan tulisan Kawi dan Nagari ( rumpun Sanskrit ) yang digunakan dalam pengajaran Hindu dan Buddha. Hasilnya, tulisan Jawi menyemarakkan usaha penterjemahan manuskrip Arab ke bahasa Melayu dan memperkaya kesusasteraan Melayu sekitar abad 17/18M. Ternyata era ini melahirkan berbagai-bagai manuskrip ilmiah yang bernilai tinggi dan tokoh ilmuan terbilang. Kepesatan ini juga turut memperkembang kemahiran dalam pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi yang unik dan kreatif.

Umat Melayu sudah pandai berseni lama sebelum kedatangan Islam lagi. Penemuan artifak zaman Dongson yang mempunyai elemen seni tampak pada alat-alat seperti nekara, genderang, rebana dan lain-lain membuktikan bahawa Melayu telah pandai seni ketika itu. Ukiran seni pada Borobudur juga dipercayai dihasilkan oleh kerja tangan orang Melayu ketika era Hindu-Buddha. Setelah Islam, kemahiran berseni dicurahkan kepada seni mushaf al-Quran, seni khat, ukiran masjid, hiasan istana, rumah, perhiasan, senjata dan lain-lain. Kemahiran masa lampau tidak dihapuskan, sebaliknya diislamisasi dengan motif tumbuh-tumbuhan dan geometrik yang melambangkan konsep Tauhid. Motif hiasan dibersihkan daripada unsur-unsur humanistik dan animalistik. Pendekatan seni seumpama ini telah dipraktikkan oleh Sunan-Sunan yang dikenali sebagai Wali Songo (sembilan orang ulama) akhir abad 15M dalam usaha mengislamkan Kepulauan Jawa.

Rantau Nusantara tidak sunyi dari khazanah seni mushaf yang berinovasi dan berkreativiti tinggi. Mushaf yang dihasilkan oleh Syeikh Arsyad al-Banjari misalnya, menghiasi halaman Ummul Quran dengan lukisan Kaabah, Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi. Yang lebih menarik halaman ini turut memuatkan lukisan kapal yang sedang belayar. Mungkin antara sebabnya ialah untuk merakamkan pengorbanan manusia dalam menyahut seruan Allah S.W.T. dan mencapai keredaanNya. Antara manuskrip unik yang lain ialah manuskrip Al-Quran Acheh, manuskrip Terengganu, manuskrip Sultan Ahmad Tajuddin-Sultan Kedah ( keduanya dalam simpanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), manuskrip Al-Quran Pulau Pinang ( 1877M kini di Muzium Negeri Pulau Pinang ), manuskrip Hamzah Fansuri dan banyak lagi. Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara berjaya mengumpul lebih 2,400 manuskrip Melayu pelbagai kategori, mungkin antaranya naskhah-naskhah al-Quran.

Ada pemikiran awal yang mengatakan bahawa pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi di Nusantara bermula dari zaman Kerajaan Islam Patani. Kemudian pemikiran ini berpindah kepada Acheh apabila kajian yang dibuat membuktikan Acheh merupakan tempat terawal menghasilkan manuskrip al-Quran di sekitar abad ke 16. Manuskrip al-Quran beriluminasi terawal Nusantara ini dipercayai sebuah mushaf indah yang dihasilkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri seorang Pengiran di Barus dan tokoh agama kerajaan Acheh abad ke 16 / 17M. Iluminasi pada mushaf ini adalah sama seperti manuskrip Syair Berang-Berang yang beliau hasilkan. Walau apapun, kajian mengenai asal usul seni mushaf di Nusantara mungkin akan membuka penemuan-penemuan terbaru yang lebih menarik.

Budaya manuskrip al-Quran beriluminasi ternyata meninggalkan impak yang cukup hebat kepada umat Islam, khasnya di Nusantara. Seni mushaf beriluminasi kembali bernafas pada abad ke 21M, dan ia bermula di rantau ini. Sehingga kini telah muncul beberapa manuskrip seperti Al-Quran Mushaf Istiqlal, Mushaf Sundawi, Mushaf Brunei dan Manuskrip Al-Quran Mushaf Malaysia beriluminasi penuh. Bagi meneruskan budaya agung ini, Black & Brown Malaysia dan Black & Brown-Decenta Indonesia satu ketika dahulu terpanggil dan kini menjalankan usaha pembinaan manuskrip Al-Quran Mushaf Nusantara. Semoga melalui usaha ini, banyak lagi sejarah dan khazanah seni tampak Melayu Nusantara akan dapat dijejaki.

Sumber Dari : www.blackbrown.com.my





- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 12:43 PM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Salam Ingatan
doakan moga kita berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah...jumpa lagi...buy buy




- cReateD by ~~Sayang Selamanya~~ @ 1:32 AM

*~~~↕KaLam BicaRa PenuLis↕~~~ *

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com