![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
![]() ![]() website counter ![]()
September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007
IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah
BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine
HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs
MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS
AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star
Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh
My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe
MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBA
![]() + Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka| ![]()
[-SyEd-]
|
Sunday, February 20, 2005 MUHARRAM, ASYURA' & IBADAT Setelah sebulan ketibaan tahun 2005 Masihi, kini kita berada di bulan Muharram, permulaan bagi kalendar Hijri yang ke 1426. Bulan yang sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam seluruhnya kerana mengenangkan perjuangan Baginda S.A.W sebelum sampainya Islam ke tangan kita. Begitu mudah kita rasai nikmat Islam dalam suasana yang aman bahkan, melalui keturunan yang sememangnya berpaksikan Islam. Berbeda 1400 tahun lalu yang bukan sahaja titisan darah, bahkan perjuangan baginda serta para sahabat dengan kerelaan meninggalkan keluarga, harta dan segalanya di Mekah dalam siri penghijrahan ke Madinah. Dengan tujuan, untuk membina dan mengembangkan risalah Islam.Bulan Muharram adalah salah satu dari 4 bulan yang menjadi bulan kebesaran bagi bangsa arab sejak zaman jahiliyah lagi. Bahkan Allah SWT telah menambah pada bulan tersebut dengan kelebihan-kelebihan tertentu kepada umat Islam untuk dinikmati bagi meningkatkan lagi amal ibadat kepadaNya. Pada bulan ini jugalah diharamkan peperangan kepada umat Islam sebagai tanda menghormati bulan yang diberi kelebihan oleh Allah SWT. MUHARRAM DAN HARI ASYURA'. Oleh yang demikian, bulan Muharram turut mempunyai kelebihan disisi Allah SWT. Disamping bermulanya penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah suatu ketika dahulu, ianya lebih memberi keuntungan kepada mereka yang ikhlas mengerjakan amal ibadat kepadaNya. Antara amal ibadat yang disebut supaya dilaksanakan ialah berpuasa. Bahkan terdapat hadis yang menyebut bahawa, puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram.Yang bermaksud : Dari Abi Hurairah r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW: "Puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu ialah solat malam (tahajjud) "Di dalam bulan yang kita lalui ini, terdapat satu hari yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dalam menyambutnya. Bahkan hadis Nabi SAW turut menyebut tentang hari tersebut yang mempunyai kelebihan tertentu di sisi Allah SWT. Hari yang disebutkan itu dikenali sebagai Hari Asyura' iaitu hari ke 10 dalam bulan Muharram. Maka, ibadat puasa yang dilaksanakan pada bulan Muharram akan lebih bermakna sekiranya dilakukan pada hari tersebut.Yang bermaksud : Dari Abi Qatadah, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Berpuasa pada hari Asyura' bahawasanya aku berharap di atas Allah SWT bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala kesalahan pada tahun yang telah lalu.Puasa pada Hari Asyura' telah dilaksanakan sejak zaman jahiliyah lagi. Rasulullah SAW berpuasa dan turut memerintahkan kepada para sahabat agar berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadhan disyariatkan maka, terpulanglah kepada umat Islam sama ada berkeinginan untuk berpuasa Asyura' atau sebaliknya.Yang bermaksud : Dari Aisyah r.a telah berkata : Sesungguhnya kaum Quraisy berpuasa Asyura' pada zaman jahiliyah dan sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa Asyura'. Maka, apabila berhijrah ke Madinah Baginda berpuasa dan menyuruh supaya berpuasa. Maka apabila difardhukan puasa di bulan Ramadhan Baginda bersabda : Sesiapa berkehendak, puasalah dan sesiapa yang berkehendak, tinggallah.Tetapi, Nabi S.A.W memerintahkan supaya turut berpuasa pada hari sebelumnya. Ini adalah bertujuan untuk membezakan antara puasa orang Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada hari ke 10 yang turut menjadi hari kebesaran mereka. Iaitu, barangsiapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura' maka, hendaklah turut berpuasa juga pada hari ke 9. Sekiranya seseorang itu tidak berpuasa pada hari ke 9 maka, disunatkan untuk berpuasa pada hari yang ke 11.Yang bermaksud : Telah bersabda Rasulullah SAW : Puasalah kamu pada hari Asyura' dan buatlah kelainan pada puasa tersebut daripada orang Yahudi dan puasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.Antara sebab yang menjadikan Hari Asyura' sebagai hari kebesaran telah disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud :Dari Ibnu Abas r.a telah berkata: Ketika mana sampai Rasulullah SAW di Madinah maka, baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Maka baginda bertanya kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa? Maka mereka menjawab : Hari ini adalah hari yang besar bagi kami dimana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Firaun bersama-sama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Nabi Musa A.S kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa.Maka Rasulullah bersabda SAW : Sekiranya begitu, kamilah yang lebih berhak berpuasa daripada kamu. Maka berpuasalah baginda dan menyuruh para sahabat supaya turut berpuasa.(Hadis riwayat Imam Al Bukhari & Muslim) AMALAN-AMALAN SAMPINGAN Selain dari ibadah puasa yang disunatkan pada Hari Asyura, terdapat juga beberapa perkara yang dianjur sempena meraikan kedatangan Hari Asyura. Iaitu sebagaimana yang terkandung di dalam kitab "Kanzun Najah Was Surur" karangan Syeikh Abdul Hamid bin Syeikh Muhammad Ali Qudus dan di dalam kitab "I'anatut Thalibin" yang dikarang oleh Sayyid Al Bakri Syatha. Kitab-kitab ini menyebut tentang perkara yang dianjurkan oleh beberapa ulama' untuk dilakukan dan diamalkan pada Hari Asyura', antaranya :1- Banyakkan solat sunat disamping solat fardhu2- Berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10.3- Menghubungkan silaturrahim.4- Banyakkan bersedekah.5- Bersihkan diri dari segala kekotoran.6- Bercelak mata.7- Menziarahi ulama'.8- Menziarahi orang sakit.9- Mengusap kepala anak yatim.10- Meluaskan untuk keluarga11- Memotong kuku.12- Membaca surah Al IkhlasWalau bagaimanapun, amalan di atas tidak sepatutnya diniatkan amalan khusus untuk dilakukan hanya pada Hari Asyura'. Kerana ianya sememangnya antara amalan-amalan yang dituntut supaya dilakukan secara berterusan dan bukan sahaja dilakukan pada Hari Asyura' atau hari-hari kebesaran tertentu. Dan sekiranya dikhususkan amalan tersebut hanya pada Hari Asyura' maka, inilah yang dikatakan bid'ah. Bahkan sekiranya dilihat pada situasi kini, masyarakat Islam di Malaysia hanya lebih mementingkan bubur Asyura' dari amal ibadat yang sepatutnya terlebih utama didahulukan. Perkara ini telah menjadi adat kebiasaan masyarakat setempat setiap kali tibanya Hari Asyura'. Sedangkan telah jelas disebut di atas tentang kelebihan dan ganjaran yang akan diperolehi kepada mereka yang melakukan amal ibadat di bulan ini. Bahkan sekiranya ditekuni kepada hadis-hadis yang berkenaan dengan bulan Muharram dan Hari Asyura' maka, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkannya adalah hadis yang sahih.Bukan di sini bermaksud untuk menolak tindakan memasak bubur Asyura'. Kerana ianya ada disebut di dalam kitab "Nihayatuz Zain" karangan Syeikh Nawawi Al Banteni dan di dalam kitab "Nuzhatul Majalis" karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab "Jam'ul Fawaid" karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura', maka berkatalah ia pada umatnya :"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih". Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba'ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : "Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".Inilah masakan yang pertama di masak di atas permukaan bumi selepas berlakunya banjir besar dan taufan pada ketika itu. Berdasarkan kisah inilah sebahagian orang Islam menjadikan biji-bijian makanan mereka itu yang kini dinamakan bubur Asyura', sebagai tanda syukur dan diambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Kaum Nabi Nuh A.S yang diselamatkan Allah SWT inilah yang akhirnya mewujudkan diri kita sekarang. Adalah terlebih elok sekiranya bubur Asyura' itu dilaksanakan secara bersama-sama disamping dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah di dalam masyarakat dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga serta faqir miskin yang lebih memerlukan. Kebajikan beginilah yang kelak mendapat ganjaran yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Tetapi sekiranya ianya dilakukan sekadar mencuba resepi yang baru, maka jelaslah amalan yang dilaksanakan tersebut sia-sia dan tidak mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.Pelaksanaan bubur Asyura boleh dikaitkan dengan kaedah Usul Fiqh yang menyebut "Ash Shar'uu Man Qablana" dengan erti, perkara yang berlaku pada zaman dan umat dahulu yang tidak dinasakhkan (dibatalkan) untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup oleh umat yang akan datang. Maka, bubur Asyura merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai "Ash Shar'uu Man Qablana" yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita dan ianya tidaklah bid'ah.PERISTIWA ISLAMKelebihan yang diletakkan pada bulan Muharram pasti mempunyai hubungkait dengan kejadian yang berlaku pada bulan tersebut dan begitu juga peristiwa yang berlaku pada Hari Asyura'. Berbagai peristiwa yang telah dirakamkan oleh ahli sejarah Islam berkenaan perkara yang berlaku terutamanya pada Hari Asyura'. Bahkan turut terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Antara peristiwa yang pernah berlaku pada Hari Asyura' ialah:1- Bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi setelah bumi ditimpa banjir besar dan ribut taufan yang melanda akibat pembalasan Allah SWT terhadap kaum yang ingkar.2- Nabi Musa A.S dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT dari Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan di dalam belahan laut sebagaimana termaktub di dalam Al Quran. Kerana itulah orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu sebagai hari kebesaran, sebagaimana hadis yang diriwayat oleh Al Bukhari & Muslim.3- Sayyidina Hussin bin Ali bin Abi Thalib dibunuh di Karbala', Iraq pada hari Ahad bersamaan 61H. Sebagaimana yang disebut di dalam kitab "Fathul Bari". Ini sahaja peristiwa yang dapat dinyatakan di sini berdasarkan buku-buku dan hadis yang dirujuk. Terdapat beberapa peristiwa lagi yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain tetapi, tidak dapat dipastikan sumber asal tentang kesahihannya. Jadi, harus diingat kepada anda supaya meneliti tentang kesahihan maklumat yang diterima berkenaan sesuatu fakta yang berkaitan tentang Islam. Ini kerana masih terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan dengan Muharram & Hari Asyura' yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pembaca. Al Quran dan Hadis sewajibnya dijadikan rujukan yang paling utama dalam menilai fakta-fakta yang diterima. Kemudian, barulah dirujuk kepada pandangan ulama'-ulama' dalam permasalahan yang berkaitan sekiranya tidak terdapat di dalam 2 perlembagaan Islam tersebut. Walaupun pada zahirnya fakta-fakta yang diterima dari mana-mana artikel-artikel agak sesuai dengan nilai-nilai Islam tetapi, harus diingat bahawa ianya mampu berubah kepada amalan bid'ah yang tidak disandarkan kepada mana-mana rujukan utama Islam. PENUTUP Dalam melalui salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT ini maka, seharusnya kepada umat Islam agar mengambil peluang yang datang ini dengan sebaik mungkin. Belum pasti samada kita mampu hidup untuk sampai kepada Muharram yang seterusnya pada tahun hadapan. Jadi, berbekalkan peluang inilah semestinya bulan Muharram kali ini dimanfaatkan dengan meningkatkan ubudiyah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Disamping mendapat kelebihan yang tersirat disebalik bulan ini dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNYA.
Comments:
Post a Comment
|