| My Profile
website counter | View Show | Create Your Own My Archives September 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 June 2005 July 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 April 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 September 2007 December 2007 My FriendS IsLam OuR LiFe SaKiNaH khazinatulasrar IsKanDaR aJOi SaLiHiN Dik Fie DeQ LiLaH rGodOng FiKRi RaBat Ros bLoGhoPPeR aKmaL wardiaH aRe yOu Sue cHiptO muSa'aD aCHeeQ aNiS Seh aPPisS BiRo HeLwi PMMM eMy CikGu HaZmaN miftah Laman2 ILmiaH BicaRa SuFi ZaharudiN SaaiD Dot Net Dr HM Tuah Iskandar Jom!! Improve Our englisH WeB RauDhaH Ulama Malaysia Sakura Collections Dengar Qari Ngaji Sejarah IsLaM AL-AHKAM online PROTECTION OF HIJAB web islamic TauQit tRaiN MoroCCo How tO imPRove OuR EngLisH IsLam OnLine TauTaN MaHaBBaH HIjjaZ VirTuaLFrienDs WeB UkhWaH FaMiLy RaSt FaMiLy aHLuL Bait aHLuL Bait aLwaN ComiCs Enjin Pencari Dan E-MaiL MaiL HotMaiL MaiL YahOO DesigNs For WordS TV, Radio & AkhbaR AkhBaR BeriTa HarIan AkhBaR Mahasiswa AkhBaR NST AkhBaR MetrO AkhBaR DaiLy BBC News Jazeera English Asia Times CNN News Malay MaiL Malaysia TodaY Bernama AgendaDaiLy The Star IPTA/IPTS & SekoLaH Sek Men Keb Muadzam Jaya My BeLoVeD ScHooL WeB2 SeKoLAh WeB SuKaN My CheLseA SoCCerNet LiVeScORe Lagu2 MP3 & LiriK2 MP3 MaLaY N NasyiD DunLoad Lagu2 dan VideO bLog NasYid BeSt SeSuMpaHStoRe imeem.com LiriK2 NasYiD Dgr N Ambik Script Lagu YouTube DeNgaR MP3 Mr LoneLy Grouper.com tgK TV MaLaySia LIVE DonloaD MP3 BiaSA Lirik2 Lagu BiasA EPILOG SEORANG HAMBATagboard + Kasihilah org yg membenci kita| + Senyumlah pada org yg menghina kita| + Pemurahlah pada org yg bakhiL dgn kita| + Maafkanlah atas perbuatan mereka| + Berdoalah moga diberi petunjukNYA| + Amin Ya Rabb!!| + Ya ALLAH, Lembutkanlah hati2 mereka|
[-SyEd-]
|
Monday, February 28, 2005 Imam Syafie tokoh ilmuan dan Penghulu Fuqaha' IMAM Al-Syafie atau namapenuhnya Muhammad bin Idris bin Abbas alsyafie sebagai seorang imam mujtahid yang mengasaskan mazhab fiqh masyhur diberikan pelbagai gelaran yang menggambarkan ketokohannya di bidang ilmu. Antaranya al-Imam Zayn al-Fuqaha(imam hiasan fuqaha), Sayyid al-Fuqaha(penghulu fuqaha) dan Taj al-Fuqaha(mahkota fuqaha). Ketokohan beliau adalah hasil pengembaraan ilmu panjang yang dilaluinya termasuk ke Makkah, Madinah, Baghdad, Narjan dan Palestin.Pendapat kuat menyatakan Imam Syafie dilahirkan di Ghaza, Palestin. Sebaik kematian bapanya, ibu beliau membawanya berhijrah ke Makkah ketika berusia dua tahun. Penghijrahan ini dilakukan untuk mendekatkan beliau dengan asal usul keturunannya iaitu Quraisy. Namun, ibunya dikatakan seorang bijak dan faqih. Justeru, tentu penghijrahan ini mempunyai matlamat yang lebih jauh iaitu untuk mendekatkan Imam Syafie dengan ilmuwan Makkah. Makkah pula dikelilingi oleh persekitaran Badwi yang boleh membina kelancaran dan kepetahan berbahasa.Sebagai anak yatim, beliau hidup dalam kemiskinan. Namun, ia tidak menghalang beliau meneruskan pengajian ilmu. Pada peringkat awal, gurunya sendiri kurang memberikan perhatian kepadanya. Hal ini kerana ibunya tidak mampu untuk melunaskan yuran pengajian. Namun, sebaik menyedari kebolehan dan kebijaksanaan luar biasa Imam Syafie, gurunya melantik beliau sebagai guru muda kepada kanak-kanak yang lebih kecil.Dengan itu yuran pengajian tidak perlu lagi dilunaskan oleh beliau. Imam Syafie menghafaz al-Quran seawal usia tujuh tahun dan menghafaz hadis muwata’ susunan Imam Malik ketika berumur 10 tahun.Pada peringkat awal, Imam Syafie amat meminati ilmu bahasa Arab dan sejarah manusia. Pada suatu ketika, beliau keluar dari Makkah dan tinggal bersama suku Hudhayl, antara suku Arab yang paling fasih bahasanya bagi mendalami dan menguasai bahasa Arab yang betul dan sastera Arab. Beliau menceritakan: “Saya keluar dari Makkah, lalu tinggal bersama suku Hudhayl. Saya mempelajari percakapan mereka dan mengambil kebudayaan mereka.”Keadaan ini menjadikan Imam Syafie sebagai pakar bahasa yang dirujuk oleh ilmuwan Islam. Ketokohan beliau di bidang bahasa diakui tokoh bahasa dan sastera iaitu al-Asma`i. Kepakaran ini membantunya menjadi seorang mujtahid yang mampu mendalami makna yang tersirat di dalam al-Quran dan hadis yang sememangnya datang dalam bahasa Arab yang fasih. Tidak menghairankan apabila beliau diizinkan memberi fatwa oleh gurunya Muslim bin Khalid al-Zinji seawal usia 15 tahun. Beliau juga menjadi seorang penyair dan mempunyai antologi syair tersendiri dinamakan Diwan Shafi’e. Beliau beralih mempelajari fiqh selepas ditegur oleh Imam Muslim al-Zinji, Mufti Makkah ketika itu. Apabila melihat Imam Syafie sangat meminati dan mahir dalam ilmu bahasa, beliau menyarankan agar kebijaksanaannya dialihkan pula kepada pengajian fiqh. Guru awal beliau di bidang hadis dan fiqh ketika di Makkah ialah Muslim al-Zinji bin Khalid. Beliau juga mempelajari fiqh dan hadis daripada Sufyan bin `Uyaynah yang mengadakan halaqah ilmu berhampiran Kaabah dan Sa’id bin Salim al-Qaddah.Kesungguhan untuk menuntut ilmu ditunjukkan oleh Imam Syafie apabila beliau sendiri berusaha memungut kertas terpakai di pejabat kerajaan untuk menggunakan halaman yang belum ditulis. Imam Syafie juga memungut kepingan tembikar, kulit dan tulang bahu unta untuk menulis hadis dan bahan pengajian lain.Beliau bercita-cita untuk menuntut ilmu hadis daripada Imam Malik, meskipun menghafaz kitab Mutawwa susunan Imam Malik ketika berumur 10 tahun. Berikutan itu beliau berhijrah ke Madinah ketika berusia 20 tahun iaitu pada 170 hijrah.Sebelum ke Madinah, beliau terlebih dulu mendapatkan surat akuan daripada pemerintah Makkah iaitu satu untuk pemerintah Madinah dan satu lagi bagi Imam Malik. Dengan pertolongan pemerintah Madinah, akhirnya Imam Syafie berjaya berguru dan seterusnya mendampingi Imam Malik selama sembilan tahun hingga beliau wafat pada tahun 179 hijrah/796 masihi.Pada awal pertemuan mereka, Imam Malik merenung wajah Imam Syafie lalu mengulas: “Bertakwalah kepada Allah, jauhkanlah dirimu daripada maksiat. Sesungguhnya engkau akan menjadi orang yang penting. Allah mencampakkan cahayanya pada hatimu, justeru, janganlah kamu padamkannya dengan maksiat.”Beliau juga sempat berguru dengan Ibrahim bin Abu Yahya dan fuqaha Madinah lain. Jika diperhatikan, guru Imam Syafie di Makkah dan Madinah ialah tokoh fiqh aliran hadis zaman beliau.Selepas kematian Imam Malik, Imam Syafie kembali ke Makkah. Di sana beliau berkesempatan berkenalan dengan pembesar Yaman yang datang dalam siri lawatannya ke Hijaz. Tertarik dengan kehebatan ilmu Imam Syafie, beliau dilantik menjadi pemerintah Najran. Sepanjang pemerintahannya beliau tidak mudah termakan dengan sikap bermuka-muka segelintir pegawai. Apabila pegawai yang bermuka-muka ini merasakan tuntutan dan keinginan mereka tidak dilayani dan tidak diendahkan Imam Syafie, mereka memfitnah beliau bersekongkol dengan golongan Shi’ah `Alawiyah untuk menggulingkan kerajaan Abbasiyyah. Perkara ini menyebabkan Khalifah al-Rashid mengeluarkan arahan menangkap beliau dan seterusnya dibawa ke Baghdad dalam keadaan tangan digari. Al-Rashid yang tertarik dengan kepetahan berhujah dan kebijaksanaan Imam Syafie, akhirnya membebaskan beliau.Sewaktu di Yaman beliau sempat menuntut ilmu daripada Kadi San’a, Mutraf bin Mazin al-San’ani; Hisham bin Yusuf; `Amru bin Abi Salamah, sahabat baik Imam al-Auza’i dan Yahya bin Hassan, sahabat baik al-Laith bin Sa’ad. Sunday, February 27, 2005 Insafi Kejadian Tuhan Masihkah kita ingat pada tarikh keramat 26 Disember 2004??? Adakah kita mengingatinya hingga sekarang atau insaf pada ketika itu sajer??? Sedarkah kita yang kematian beramai-ramai hingga mayat bergelimpangan tiada harganya itu adalah khabar berita yang sudahpun diwartakan oleh Rasulullah SAW sejak hayat baginda lagi??? Dan ingatkah kita pada kejadian gerhana bulan dan matahari dalam sebulan Ramadhan 1424 Hijrah??? Semua ini sebenarnya adalah panduan yang telah dikirimkan oleh Nabi kita untuk kita. Baginda walaupun sudah wafat, namun tetaplah bertanggung jawab terhadap nasib kita umat kesayangannya. Siapa kata kita tidak ada Nabi? Roh Baginda sebenarnya tetap hidup untuk melayan kita umatnya sampai ke akhir zaman dan kiamat. Bilamana terjadi gerhana bulan dan matahari dalam bulan Ramadhan yang sama. Dan bila terjadi gempa bumi dan ombak besar Tsunami yang membunuh manusia ratusan ribu hingga mayat-mayat tidak berharga lagi, dilempar di lubang-lubang besar tanpa tahu identiti masing-masing, maka ketahuilah bahawa berita yang di khabarkan oleh Sayyidil Mursalin itu telahpun terjadi. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan ummat Baginda yg sentiasa sedar dan bangkit dari lamunan yang begitu melekakan hidup kita seharian. "Ya Allah, bantulah kami Ummat Islam dalam menghadapi pelbagai tipu muslihat kaum kuffar di muka bumi ini. Jangan Kau palingkan hati-hati kami setelah Engkau beri petunjuk pada kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih dan Maha Mendengar rintihan kecil hati-hati kami ini."...Amin Ya Rabb.... Hepi 22th Besday to me Alhamdulillah...hari nie 27hb February genaplah aku berumur 22thn..beso dah rupenye aku nih...moge Allah permudahkan urusan seharianku dan murahkan rezeki seharian..Amin Ya Rabb...doakan gak kejayaanku duhai mememberku yg dikasihi...buat cikgu hazman, doakan kejayaan anak didikmu kat sini...thanx for everythin' that u gave me before....peace for aLL!!! Kalu Tuhan di hati, perasaan bertuhan mencengkam di hati, mengenang pulak nikmat Tuhan yg byk, bertambah perasaan cinta dan takut... Thursday, February 24, 2005 Doa Mohon Perlindungan Dari Kesulitan
Amin Ya Rabb -SekadaR Renungan BersamA- "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."Berkata para sahabat :"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."Lalu Rasulullah SAW berkata :"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah-Saidul (penghulu) Istighfar-Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)-Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)-Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah-Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)-Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)-Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anaktidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatifmengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemasibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Tuesday, February 22, 2005 Bahasa Pengaturcaraan & Sejarahnya Mengikut takrif, bahasa pengaturcaraan adalah set arahan yang memberitahu komputer berkenaan operasi yang hendak dilaksanakan. Pengaturcara iaitu pakar yang mahir dalam bahasa pengaturcaraan, menggunakan bahasa ini untuk menghasilkan perisian komputer. Setiap bahasa yang dicipta mempunyai tujuan untuk memberi penyelesaian kepada masalah tertentu. Walaupun pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan, namun ada satu kesamaan yang nyata, iaitu mereka akan ditukarkan kepada bentuk digital komputer 0 dan 1 yang mewakili tenaga elektronik tutup dan buka. Kepentingan Bahasa Pengaturcaraan. Manusia menggunakan bahasa pertuturan untuk berkomunikasi sementara komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk tujuan yang sama. Semasa berkomunikasi, arahan yang diberikan hendaklah jelas dan mengikut langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah arahan yang diberikan di dalam bahasa pengaturcaraan dikenali sebagai program komputer. Program komputer bagi tujuan memaklumkan kepada komputer bagaimana untuk melaksanakan seseuatu tugas. Sebagai contoh, perisian permainan menggunakan komputer atau video adalah program yang ditulis untuk mengarahkan komputer atau video melaksanakan permainan tersebut. Seperti mana-mana komputer dan perisian, bahasa pengaturcaraan juga mengalami proses evolusi. Proses ini menghasilkan 5 generasi bahasa pengaturcaraan iaitu bermula daripada bahasa Mesin. Generasi kedua dikenali sebagai bahasa Assembly. Generasi ketiga dinamakan sebagai bahasa Peringkat Tinggi. Generasi keempat dan kelima dikenali sebagai bahasa Peringkat Sangat Tinggi dan bahasa Lazim. Bahasa pengaturcaraan dikategorikan sebagai peringkat rendah apabila ia hampir dengan bahasa yang difahami komputer iaitu perwakilan 0 dan 1. Bahasa Peringkat Tinggi pula hampir kepada bahasa yang manusia gunakan setiap hari atau menghampiri bahasa Inggeris lazim. Terdapat 5 generasi bahasa pengaturcaraan : Generasi Pertama - Bahasa Mesin Bahasa peringkat paling rendah ialah bahasa Mesin yang merupakan bahasa komputer yang terdiri daripada digit binari 0 dan 1. Digit binari yang mewakili keadaan tenaga elektrik tutup dan buka susah dibaca serata difahami oleh manusia. Generasi Kedua - Bahasa Assembly Bahasa Assembly adalah bahasa peringkat rendah yang membolehkan pengaturacara menggunakan singkatan atau perkataan yang mudah diingati bagi menggantikan nombor. Contohnya ialah huruf MP digunakan bagi menggantikan arahan MULTIPLY dan STO mewakili STORE. Pengaturcara dapat menulis arahan secara lebih mudah berbanding bahasa Mesin. Walaupun demikian bahasa ini susah untuk dipelajari. Tambahan pula bahasa ini mempunyai kekangan kerana ia bergantung kepada mesin tertentu. Bentuk bahasa ini akan berbeza untuk arahan kepada mesin yang berlainan. Oleh kerana kekangan tersebut, pakar komputer telah memperkenalkan Penterjemah Bahasa. Disebabkan komputer hanya boleh menjalankan arahan dalam bahasa Mesin, Penterjemah diperlukan jika aturcara ditulis dalam bahasa lain. Penterjemah bahasa adalah sejenis perisian sistem yang akan menterjemahkan aturcara yang ditulis dalam bahasa kedua, ketiga atau lebih tinggi kepada bahasa mesin. Penterjemah Bahasa tergolong kepada 3 jenis iaitu; Assembler (Pencantum) - Aturcara yang menterjemahkan aturcara bahsa Assembly kepada bahasa Mesin, Compiler (Penyusun), dan Interpretor (Penafsir). Generasi Ketiga - Bahasa Peringkat Tinggi Bahasa peringkat ini lebih mendekati kepada bahasa Inggeris, sebagai contohnya ialah COBOL yang biasa digunakan untuk aplikasi perniagaan. Bahasa ini membolehkan kita menulis aturcara dalam kaedah bahasa biasa, bukannya perwakilan binari atau singkatan. Kebanyakkan bahasa generasi ini tidakbergantung kepada jenis komputer yang digunakan. Satu bahasa boleh digunakan dalam banyak jenis komputer. Contohnya ialah FORTRAN, COCOL, BASIC, Turbo Pascal, C, C++ dan Ada. Penterjemah bahasa generasi ketiga ialah sama ada Compiler atau Interpretor.Compiler - Laksana kemudian : Kompiler adalah penterjemah bahasa yang menukarkan keseluruhan aturcara dalam bahasa mesin, sebelum komputer melaksanakan sesuatu aturcara. Bahasa peringkat tinggi yang perlu diterjemahkan itu dipanggil sebagai Source Code (kod sumber). Apabila kompiler menterjemahkan kod sumber tadi, ia akan bertukar nama kepada Object Code (Kod Objek). Kepentingan Kod Objek ialah ia boleh disimpan. untuk dilaksanakan kemudian nanti. Contoh bahsa ini yang menggunakan Kompiler ialah COBOL, FORTRAN dan Pascal.Interpretor - Laksana serta merta : Interpretor ialah penterjemah bahasa yang menukar pernyataan bahasa peringkat tinggi kepada bahasa Mesin dan aturcara yang telah ditukar itu dilaksanakan serta merta. Tidak ada kod objek yang dihasilkan. Oleh kerana itu pemprosesan menjadi lebih pantas. Contoh bahasa yang menggunakan Interpretor ialah BASIC. Bahasa generasi ketiga yang diterangkan di atas juga dikenali sebagai bahasa bertatacara. Ia bertatacara kerana satu siri tatacara dibentuk terlebih dahulu sebelum menulis aturcara. Tatacara ini merupakan siri arahan yang mesti diikuti oleh pengaturcara apabila menulis arahan dalam bahasa tersebut. Generasi Keempat - Bahasa Peringkat Sangat Tinggi Bahasa generasi ini juga lebih dikenali sebagai 4GL iaitu singkatan 4th Generation Language. 4GL lebih berorientasikan pengguna dan pengaturcara perlukan lebih sedikit arahan dalam membangunkan sesuatu aturcara. Jika dibandingkan dengan bahasa generasi ketiga, 4GL adalah bahasa pengaturcaraan tidak bertatacara. Pengaturcara boleh menulis tanpa perlu mengikut tatacara bagaimana hendak melaksanakan sesuatu perkara. Ini menjimatkan masa pengaturcara kerana mereka tidak perlu menulis arahan sebagaimana yang perlu dibuat apabila menggunakan bahasa bertatacara. 4GL terdiri daripada 3 bahagian :Penjana Laporan - Ia juga dikenali sebagai Penulis Laporan. Ia adalah aturcara untuk pengguna biasa yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu laporan yang terdiri daripada 2 tujuan iaitu sama ada untuk cetakan atau paparan skrin komputer. Penjana boleh menunjukkan semua atau sebahagian daripada fail pangkalan data. Pengguna ini boleh menentukan format laporan terlebih dahulu seperti berapa kolum, berapa baris dan sebagainya dan penjana akan menghasilakn data dalam format yang telah ditentukan. Contoh penjana laporan ialah RPG III.Bahasa Pertanyaan - Ini adalah bahasa yang senang digunakan bagi mencapai data dari sistem pengurusan pangkalan data. Pertanyaan dibuat dalam bentuk ayat atau arahan yang menghampiri bahasa Inggeris biasa. Contoh bahasa pertanyaan ialah SQL (Structured Query Language), QBE (Query By Example) dan Intellect.Penjana Aplikasi - Penjana ini merupakan peralatan pengaturcara yang membolehkan seseorang menyatakan penerangan terperinci mengenai apakah data yang hendak diproses. Kemudian, perisian aakan menjana kod bagi aturcara untuk melaksanakan tugas tersebut. Kelebihan penjana aplikasi ialah pengaturcara tidak perlu menentukan bagaimana data harus diproses. Penjana sudah mempunyai modul yang telah diprogramkan terlebih dahulu bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu. Pengaturcara menggunakan penjana aplikasi bagi membantu mereka menghasilkan bahagian aturcara yang lain. Misalnya, perisian ini digunakan bagi membuat menu atas skrin atau jenis format untuk proses input dan output (I/O). Dua sistem pengurusan pangkalan data hubungan (RDBMS), NOMAD dan Focus adalah contoh perisian penjana aplikasi. Walaupun 4GL tidak menggantikan bahasa generasi ketiga, namun begitu ia digunakan untuk melaksanakan tugas khusus yang boleh dimasukkan ke dalam sistem lain. Generasi Kelima - Bahasa Lazim Terdapat 2 jenis bahasa Lazim. Pertamanya ialah bahasa Manusia yang biasa digunakan oleh manusia seperti bahasa Inggeris, Melayu, Sepanyol dan sebagainya. Yang kedua ialah bahasa pengaturcaraan yang menggunakan bahasa manusia bagi melaksanakan perhubungan manusia dengan komputer. Bahasa ini merupakan sebahagian daripada bidang kecerdasan buatan (AI). Ianya merujuk kepada cubaan membangunkan mesin yang boleh bertindak seperti mana manusia biasa seperti berfikir, belajar, berhujah, berkomunikasi, melihat, mendengar dan sebagainya. Adalah satu matlamat menghasilkan sebuah mesin yang begitu pintar sehinggakan ia boleh berfikir sendiri bagi mengumpul maklumat dengan tujuan lebih mempintarkan sendiri. Penterjemah Bahasa Peringkat Tinggi. Terdapat tiga jenis penterjemah bahasa pengaturcaraan iaitu Assembler, Pengkompil dan Interpreters. Penterjemah assembler akan menukarkan aturcara dalam bahasa assembler kepada bahasa mesin. Pengkompil akan menukarkan kod sumber yang ditulis dalam bahasa peringkat tinggi kepada bahasa mesin. Setelah proses mengkompil, kod sumber akan ditukarkan menjadi kod objek. Dua langkah diperlukan sebelum program boleh dilaksanakan iaitu kod sumber dan kod objek. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi yang memerlukan pengkompil ialah COBOL, FORTRAN, Pascal dan C. Interpreter akan menukarkan pernyataan yang ditulis dalam bahasa peringkat tinggi kepada bahasa mesin kemudian melaksanakannya sebaris demi sebaris pernyataan tersebut. Tiada kod objek yang dihasilkan. Interpreters memerlukan hanya satu langkah sebelum program boleh dilaksanakan menjadikan program mudah dihasilkan. Contoh perisian yang menggunakan interpreter ialah BASIC. Sunday, February 20, 2005 HargaiLah PerSaHaBatAn Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta. HUKUM ZINA DAN LIWAT Fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi Menuduh zina dan liwat adalah dosa besar. Penuduh mesti mengemukakan empat orang saksi. Jika dia gagal mendatangkan empat orang saksi, maka dia dianggap pendusta. Dalam pilihan raya, pendusta seperti ini tidak layak mengundi dan tidak layak diundi. Pendusta itu mesti dikenakan hukuman syariah seperti firman-Nya (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4-5) Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ialah ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas. Beliau menganggotai beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islami di Makkatul Mukarramah, Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan, Markas Pusat Kajian Islam di Oxford, Majlis Amanah Universiti Islam di Islamabad, Organisasi Dakwah Islamiah di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan di Eropah. Soalan 1-Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berperibadi bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum Luth, membunuh dan lain-lain. Apakah hukum syariah terhadap orang yang menuduh dan orang yang dituduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Apakah kewajipan masyarakat muslim tentang perkara ini? Jawapan 1-MENUDUH ZINA DAN LIWAT ADALAH DOSA BESAR Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, termasuk tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan hal itu termasuk dalam dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.Tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Tohmahan itu juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan yang tidak diingini terhadapnya.Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang yang beriman. Oleh itu, al-Qur'an mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat.Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Al-Ahzab, 33:58)Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik lagi beriman (dengan tuduhan berzina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. (An-Nur, 24: 23)Firma Allah S.W.T. lagi (terjemahannya): Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allahlah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya). (An-Nur, 24: 24-25)Para ulama telah sepakat (ijmak) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminat.Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas Khadijah.Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah "Hadith al-Ifki" yang telah memalukan dan meresahkan rumah Nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah.Akhirnya turunlah ayat al-Qur'an daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat.Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun berasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu. Mengukuhkan Tuduhan Bacalah firman Allah S.W.T. pada surah an-Nur (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang daripada mereka mendapat balasan dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (An-Nur, 24:11-13) Orang yang Menuduh Mesti Mengemukakan Saksi Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya.Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat. Tiga Jenis Hukuman Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah S.W.T.Orang yang menuduh dan gagal mendatangkan saksi tidak layak mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi untuk diundi.Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan Dia menegaskan tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Qur'an al-Karim, iaitu pada firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nur, 24:4-5) Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu. Pertama, hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang yang dituduh berserta kaum keluarganya. Kedua, hukuman moral-sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai.Perkataan "kesaksian" dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, perkataan itu mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi. Ketiga, hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan "fasikun", al-Qur'an menyebutkan kefasikan sebagai lawan keimanan.Firman Allah s.w.t. (terjemahannya): Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa-apa yang mereka kerjakan. Ada pun orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka .... (As-Sajdah, 32:18-20)Al-Qur'an juga telah melekatkan gelaran fasik ini kepada iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Al-Kahfi, 18:50)Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasih-Nya, Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya (terjemahannya): Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan membaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur, 24:5)Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara "gugurnya kesaksian" dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal, "Dan janganlah kamu terima kesaksian meraka buat selama-lamanya."Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik, sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, seperti mana yang digambarkan oleh salah satu hadis Rasulullah s.a.w. Jagalah Maruah Saudara Kita Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seseorang muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.Firman Allah (terjemahannya): Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat, 48:12)Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Setiap muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama muslim."Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan. Jangan Ceritakan Aib Orang Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya.Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Maiz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, "Jika engkau tutup dengan bajumu tentu lebih baik untukmu."Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain."Dan baginda bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."Allah s.a.w. berfirman dalam al-Qur'an al-Karim (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. (An-Nur, 24:19) Soalan 2-Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri?Bolehkah ia dicegah dari melakukan hal itu?Apakah kewajipan masyarakat muslim di sekelilingnya?Bolehkan mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja? Jawapan 2-TERTUDUH BERHAK MEMBELA DIRI Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam manyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Qur'an Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah (terjemahannya): Allah tidak menyukai ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nisa', 4:148)Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Pembelaan merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukum syariah.Allah Memberi Iblis Peluang Membela DiriAllah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan seluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan, "Saya lebih baik daripada Adam". (Rujuk Surah Al-A'raf, 7: 12--P) Bahkan pada hari kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya. Tertuduh Dibenarkan Menggunakan Media Oleh itu, masyarakat muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat khabar dan berucap di radio dan televisyen, terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.Secara syariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata.Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih daripada itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam "angkatan dusta" dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah (terjemahan): Kamu katakan dengan mulutnya apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal perkara itu pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24:15) Tentukan Sikap Anda Masyarakat muslim merupakan masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggungjawab antara satu sama lain. Masyarakat muslim tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu.Allah S.W.T. berfirman (terjemahannya): Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata." (An-Nur, 24:12)Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman (terjemahannya): Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (At-Taubat, 9:71)Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Seorang muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar." (Muttafaqun 'alaihi.)Pengertian "tidak membiarkannya" dalam hadis di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran.Rasulullah s.a.w. juga bersabda (maksudnya): "Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim?Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya". (Muttafaqun 'alaihi)Islam mewajibkan masyarakat muslim untuk menolong orang yang dizalimi daripada terus dianiaya oleh orang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu.Hadis nabi menjelaskan (maksudnya): "Jika kamu melihat umat-Ku takut untuk mengatakan kepada si zalim: wahai zalim, maka mereka ditinggalkan (Allah).Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu diberitakan secara buruk.Satu hadis menyebutkan (maksudnya): Sesiapa yang membantah untuk (melindungi) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi) Soalan 3-Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil; tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan syariah sebagai landasan hukum yang sah; juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam meneruskan perselisihan dan pertelingkahan? Jawapan 3-PENUDUH MESTI DIBICARAKAN, TERTUDUH BOLEH BERSUMPAH Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan qazaf (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah syariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang dituduh wajib mengucapkan sumpah.Walau bagaimanapun, dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka. Penuduh Mesti Mengemukakan Saksi Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadi muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredai Allah dan hukum syariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi seperti mana yang diterangkan oleh al-Qu'ran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Kadi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasik melainkan jika ia bertaubat.Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah "al-lian". Dalam hal ini semua tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kelapanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untuk terus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya.Firman Allah s.w.t. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar. Soalan 4-Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakah cara syariah untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-duanya? Jawapan 4-PENYELESAIAN MELALUI PIHAK BERKECUALI Cara yang terbaik berkenaan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali yang tidak boleh dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada pemerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tangan Allah itu sentiasa berada bersama jemaah, bersatu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksanaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah."Tetapi Abdullah bin Abbas r.a. berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Juga ha itu dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah yang berikut di hadapan mereka:Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (jurudamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (An-Nisa', 4:35)Saya berpendapat bahawa satu jawatankuasa yang terdiri daripada para cendekiawan muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka, diiringi dengan niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh.Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) seperti mana pesanan Allah S.W.T. berkenaan jurudamai (terjemahannya): Jika kedua orang hakam (jurudamai) bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (An-Nisa', 4:35) Padamkan Api Fitnah Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuat ketahanan bangsa demi menghadapi pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum muslimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain.Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperoleh keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan kita untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksimum daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla wala quwata ila billah.Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperoleh petunjuk.(Ali Imran, 3:103) MUHARRAM, ASYURA' & IBADAT Setelah sebulan ketibaan tahun 2005 Masihi, kini kita berada di bulan Muharram, permulaan bagi kalendar Hijri yang ke 1426. Bulan yang sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam seluruhnya kerana mengenangkan perjuangan Baginda S.A.W sebelum sampainya Islam ke tangan kita. Begitu mudah kita rasai nikmat Islam dalam suasana yang aman bahkan, melalui keturunan yang sememangnya berpaksikan Islam. Berbeda 1400 tahun lalu yang bukan sahaja titisan darah, bahkan perjuangan baginda serta para sahabat dengan kerelaan meninggalkan keluarga, harta dan segalanya di Mekah dalam siri penghijrahan ke Madinah. Dengan tujuan, untuk membina dan mengembangkan risalah Islam.Bulan Muharram adalah salah satu dari 4 bulan yang menjadi bulan kebesaran bagi bangsa arab sejak zaman jahiliyah lagi. Bahkan Allah SWT telah menambah pada bulan tersebut dengan kelebihan-kelebihan tertentu kepada umat Islam untuk dinikmati bagi meningkatkan lagi amal ibadat kepadaNya. Pada bulan ini jugalah diharamkan peperangan kepada umat Islam sebagai tanda menghormati bulan yang diberi kelebihan oleh Allah SWT. MUHARRAM DAN HARI ASYURA'. Oleh yang demikian, bulan Muharram turut mempunyai kelebihan disisi Allah SWT. Disamping bermulanya penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah suatu ketika dahulu, ianya lebih memberi keuntungan kepada mereka yang ikhlas mengerjakan amal ibadat kepadaNya. Antara amal ibadat yang disebut supaya dilaksanakan ialah berpuasa. Bahkan terdapat hadis yang menyebut bahawa, puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram.Yang bermaksud : Dari Abi Hurairah r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW: "Puasa yang paling afdhal selepas Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu ialah solat malam (tahajjud) "Di dalam bulan yang kita lalui ini, terdapat satu hari yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dalam menyambutnya. Bahkan hadis Nabi SAW turut menyebut tentang hari tersebut yang mempunyai kelebihan tertentu di sisi Allah SWT. Hari yang disebutkan itu dikenali sebagai Hari Asyura' iaitu hari ke 10 dalam bulan Muharram. Maka, ibadat puasa yang dilaksanakan pada bulan Muharram akan lebih bermakna sekiranya dilakukan pada hari tersebut.Yang bermaksud : Dari Abi Qatadah, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Berpuasa pada hari Asyura' bahawasanya aku berharap di atas Allah SWT bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala kesalahan pada tahun yang telah lalu.Puasa pada Hari Asyura' telah dilaksanakan sejak zaman jahiliyah lagi. Rasulullah SAW berpuasa dan turut memerintahkan kepada para sahabat agar berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadhan disyariatkan maka, terpulanglah kepada umat Islam sama ada berkeinginan untuk berpuasa Asyura' atau sebaliknya.Yang bermaksud : Dari Aisyah r.a telah berkata : Sesungguhnya kaum Quraisy berpuasa Asyura' pada zaman jahiliyah dan sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa Asyura'. Maka, apabila berhijrah ke Madinah Baginda berpuasa dan menyuruh supaya berpuasa. Maka apabila difardhukan puasa di bulan Ramadhan Baginda bersabda : Sesiapa berkehendak, puasalah dan sesiapa yang berkehendak, tinggallah.Tetapi, Nabi S.A.W memerintahkan supaya turut berpuasa pada hari sebelumnya. Ini adalah bertujuan untuk membezakan antara puasa orang Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada hari ke 10 yang turut menjadi hari kebesaran mereka. Iaitu, barangsiapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura' maka, hendaklah turut berpuasa juga pada hari ke 9. Sekiranya seseorang itu tidak berpuasa pada hari ke 9 maka, disunatkan untuk berpuasa pada hari yang ke 11.Yang bermaksud : Telah bersabda Rasulullah SAW : Puasalah kamu pada hari Asyura' dan buatlah kelainan pada puasa tersebut daripada orang Yahudi dan puasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.Antara sebab yang menjadikan Hari Asyura' sebagai hari kebesaran telah disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud :Dari Ibnu Abas r.a telah berkata: Ketika mana sampai Rasulullah SAW di Madinah maka, baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Maka baginda bertanya kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa? Maka mereka menjawab : Hari ini adalah hari yang besar bagi kami dimana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Firaun bersama-sama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Nabi Musa A.S kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa.Maka Rasulullah bersabda SAW : Sekiranya begitu, kamilah yang lebih berhak berpuasa daripada kamu. Maka berpuasalah baginda dan menyuruh para sahabat supaya turut berpuasa.(Hadis riwayat Imam Al Bukhari & Muslim) AMALAN-AMALAN SAMPINGAN Selain dari ibadah puasa yang disunatkan pada Hari Asyura, terdapat juga beberapa perkara yang dianjur sempena meraikan kedatangan Hari Asyura. Iaitu sebagaimana yang terkandung di dalam kitab "Kanzun Najah Was Surur" karangan Syeikh Abdul Hamid bin Syeikh Muhammad Ali Qudus dan di dalam kitab "I'anatut Thalibin" yang dikarang oleh Sayyid Al Bakri Syatha. Kitab-kitab ini menyebut tentang perkara yang dianjurkan oleh beberapa ulama' untuk dilakukan dan diamalkan pada Hari Asyura', antaranya :1- Banyakkan solat sunat disamping solat fardhu2- Berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10.3- Menghubungkan silaturrahim.4- Banyakkan bersedekah.5- Bersihkan diri dari segala kekotoran.6- Bercelak mata.7- Menziarahi ulama'.8- Menziarahi orang sakit.9- Mengusap kepala anak yatim.10- Meluaskan untuk keluarga11- Memotong kuku.12- Membaca surah Al IkhlasWalau bagaimanapun, amalan di atas tidak sepatutnya diniatkan amalan khusus untuk dilakukan hanya pada Hari Asyura'. Kerana ianya sememangnya antara amalan-amalan yang dituntut supaya dilakukan secara berterusan dan bukan sahaja dilakukan pada Hari Asyura' atau hari-hari kebesaran tertentu. Dan sekiranya dikhususkan amalan tersebut hanya pada Hari Asyura' maka, inilah yang dikatakan bid'ah. Bahkan sekiranya dilihat pada situasi kini, masyarakat Islam di Malaysia hanya lebih mementingkan bubur Asyura' dari amal ibadat yang sepatutnya terlebih utama didahulukan. Perkara ini telah menjadi adat kebiasaan masyarakat setempat setiap kali tibanya Hari Asyura'. Sedangkan telah jelas disebut di atas tentang kelebihan dan ganjaran yang akan diperolehi kepada mereka yang melakukan amal ibadat di bulan ini. Bahkan sekiranya ditekuni kepada hadis-hadis yang berkenaan dengan bulan Muharram dan Hari Asyura' maka, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkannya adalah hadis yang sahih.Bukan di sini bermaksud untuk menolak tindakan memasak bubur Asyura'. Kerana ianya ada disebut di dalam kitab "Nihayatuz Zain" karangan Syeikh Nawawi Al Banteni dan di dalam kitab "Nuzhatul Majalis" karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab "Jam'ul Fawaid" karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura', maka berkatalah ia pada umatnya :"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih". Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba'ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : "Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".Inilah masakan yang pertama di masak di atas permukaan bumi selepas berlakunya banjir besar dan taufan pada ketika itu. Berdasarkan kisah inilah sebahagian orang Islam menjadikan biji-bijian makanan mereka itu yang kini dinamakan bubur Asyura', sebagai tanda syukur dan diambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Kaum Nabi Nuh A.S yang diselamatkan Allah SWT inilah yang akhirnya mewujudkan diri kita sekarang. Adalah terlebih elok sekiranya bubur Asyura' itu dilaksanakan secara bersama-sama disamping dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah di dalam masyarakat dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga serta faqir miskin yang lebih memerlukan. Kebajikan beginilah yang kelak mendapat ganjaran yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Tetapi sekiranya ianya dilakukan sekadar mencuba resepi yang baru, maka jelaslah amalan yang dilaksanakan tersebut sia-sia dan tidak mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.Pelaksanaan bubur Asyura boleh dikaitkan dengan kaedah Usul Fiqh yang menyebut "Ash Shar'uu Man Qablana" dengan erti, perkara yang berlaku pada zaman dan umat dahulu yang tidak dinasakhkan (dibatalkan) untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup oleh umat yang akan datang. Maka, bubur Asyura merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai "Ash Shar'uu Man Qablana" yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita dan ianya tidaklah bid'ah.PERISTIWA ISLAMKelebihan yang diletakkan pada bulan Muharram pasti mempunyai hubungkait dengan kejadian yang berlaku pada bulan tersebut dan begitu juga peristiwa yang berlaku pada Hari Asyura'. Berbagai peristiwa yang telah dirakamkan oleh ahli sejarah Islam berkenaan perkara yang berlaku terutamanya pada Hari Asyura'. Bahkan turut terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Antara peristiwa yang pernah berlaku pada Hari Asyura' ialah:1- Bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi setelah bumi ditimpa banjir besar dan ribut taufan yang melanda akibat pembalasan Allah SWT terhadap kaum yang ingkar.2- Nabi Musa A.S dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT dari Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan di dalam belahan laut sebagaimana termaktub di dalam Al Quran. Kerana itulah orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu sebagai hari kebesaran, sebagaimana hadis yang diriwayat oleh Al Bukhari & Muslim.3- Sayyidina Hussin bin Ali bin Abi Thalib dibunuh di Karbala', Iraq pada hari Ahad bersamaan 61H. Sebagaimana yang disebut di dalam kitab "Fathul Bari". Ini sahaja peristiwa yang dapat dinyatakan di sini berdasarkan buku-buku dan hadis yang dirujuk. Terdapat beberapa peristiwa lagi yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain tetapi, tidak dapat dipastikan sumber asal tentang kesahihannya. Jadi, harus diingat kepada anda supaya meneliti tentang kesahihan maklumat yang diterima berkenaan sesuatu fakta yang berkaitan tentang Islam. Ini kerana masih terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan dengan Muharram & Hari Asyura' yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pembaca. Al Quran dan Hadis sewajibnya dijadikan rujukan yang paling utama dalam menilai fakta-fakta yang diterima. Kemudian, barulah dirujuk kepada pandangan ulama'-ulama' dalam permasalahan yang berkaitan sekiranya tidak terdapat di dalam 2 perlembagaan Islam tersebut. Walaupun pada zahirnya fakta-fakta yang diterima dari mana-mana artikel-artikel agak sesuai dengan nilai-nilai Islam tetapi, harus diingat bahawa ianya mampu berubah kepada amalan bid'ah yang tidak disandarkan kepada mana-mana rujukan utama Islam. PENUTUP Dalam melalui salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT ini maka, seharusnya kepada umat Islam agar mengambil peluang yang datang ini dengan sebaik mungkin. Belum pasti samada kita mampu hidup untuk sampai kepada Muharram yang seterusnya pada tahun hadapan. Jadi, berbekalkan peluang inilah semestinya bulan Muharram kali ini dimanfaatkan dengan meningkatkan ubudiyah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Disamping mendapat kelebihan yang tersirat disebalik bulan ini dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNYA. Thursday, February 17, 2005 Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi… Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ke tepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami… Namun Ya Allah… Seandainya telah ditakdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh dari pandanganku… Luputkanlah dia dari pandanganku… Hapuskanlah dia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berilah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama-sama senja merah… Agar aku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya… Ya Allah Yang Tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah tetapkan… Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik untuk hambaMu ini… Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini… Janganlah engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia dapat bersama membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Ya Allah… Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Dan peliharalah kami dari azab api neraka… Amin…Amin…Ya Rabbal Alamin Tuesday, February 15, 2005 Universiti batal kemenangan pelajar Islam KAHERAH: Universiti Birmingham bakal berdepan tindakan undang-undang 14 pelajar Islam berhubung tuduhan perkauman dan diskriminasi agama. Persatuan Penuntut Birmingham yang disokong universiti itu membatalkan pilihan raya penuntut untuk mewakili institusi pendidikan itu di seminar tahunan Kesatuan Kebangsaan Penuntut (NUS) April lalu, lapor akhbar The Guardian.Keputusan itu dibuat dengan alasan berlaku penipuan dalam pengundian itu, tuduhan yang disangkal keras penuntut.“Saya menggesa pihak universiti menilai semula keputusan mereka bagi menjaga keadilan dan kesaksamaan. Saya juga mendesak kesatuan penuntut menghormati keputusan penuntut dan pilihan mereka,” kata jurucakap kempen pilihan raya, Arafat Ben Hassine.Pilihan raya untuk seminar NUS itu diadakan pada 25 Oktober 2004 dengan semua delegasi terpilih beragama Islam, menurut laman web Persatuan Persekutuan Penuntut Islam (Fosis) di United Kingdom dan Ireland.Ketua Hal Ehwal Penuntut di Fosis, Hasan Salim patel, berkata pihaknya sedih dengan pembatalan pilihan raya itu ‘tanpa alasan jelas.’Dalam satu kenyataan bersama, kesatuan penuntut dan universiti menyifatkan dakwaan perkauman dan diskriminasi sebagai ‘tidak berasas dan disangkal keras.’Kira-kira 80 peratus daripada 1.6 juta penduduk Islam di United Kingdom dilaporkan mengalami masalah diskriminasi dan Islamofobia, menurut laporan Institut Masyarakat Terbuka.Kempen penuntut turut disokong pertubuhan hak penduduk kulit hitam, The 1990 Trust. “Saya terkejut dengan tindakan kesatuan penuntut dan universiti dalam hal ini. Kami amat berharap keputusan itu tidak berdasarkan pada kebimbangan terhadap umat Islam atau sentimen Islamofobia.“Tambahan pula, kami juga ingin tahu bagaimana tindakan ini bersesuaian dengan kehendak perundangan mengenai dasar kesaksamaan kaum,” kata pemimpin persatuan itu, Karen Chouhan.Chouhan juga berikrar ‘untuk melakukan apa yang terdaya untuk menyokong penuntut berkenaan dan kempen mereka.’ – Agensi UKHUWAH atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian umat Islam dengan sebahagian lain. Ia merupakan ikatan rabbani, ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah, yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah. (Riwayat Imam Ahmad) Di dalam ajaran Islam, persaudaraan adalah tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan umat, Islam menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali, dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata. 1. Ukhuwah bererti kemesraan, kasih sayang dan saling membantu, terutama terhadap mereka yang ditimpa musibah. Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-Balad ayat 17 yang bermaksud: Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu saling memutuskan silaturahim, janganlah kamu saling membelakangi, janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling berhasad dengki. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal (haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari. Bermanis muka Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan). (Riwayat Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda : Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara makruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air.'' (Riwayat Tirmizi). Selain itu Rasulullah juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwah ialah dengan memberikan hadiah. Sabdanya yang bermaksud: Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. Dari sudut kejiwaan pula, ukhuwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w.: Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda), amalan itu lebih utama daripada ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini. (Riwayat Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih). 3. Persaudaraan juga adalah kerjasama dalam bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim daripada satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya satu daripada kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat, dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim, nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya. 4. Ukhuwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda: Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya. (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya. (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit (mengucapkan yarhamukallah). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya. (Riwayat Muslim) Mempertahankan 5. Ukhuwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya daripada seksaan api neraka pada Hari Kiamat. (Riwayat Tirmizi) Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya. Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud: Doa seseorang Muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa : ``Amin, dan bagimu juga se-perti yang kamu doakan untuk saudaramu. Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita, sudah tentulah kita perlu meminta ampun daripada Allah untuknya. Menurut Imam Ghazali dalam Ihya' ulumiddin, cara ini lebih baik dan praktikal daripada kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita. Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita apabila kita melihat di kalangan umat Islam yang ditimpa ujian berupa kemalangan jiwa dan harta. Betapa pentingnya setiap Muslim secara komited tampil menyalurkan kepakaran masing-masing dengan lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik dan menjadi model kepada semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama mereka. PERTAMA kali melihatnya, sesiapa sahaja pasti akan terperangkap dengan paras rupanya. Sukar dipercaya, kerana raut wajahnya itu sama sekali tidak membayangkan kejinya jenayah yang dilakukan. Namun segera tersedar. Benarlah, jangan rupa yang fizikal itu dijadikan ukuran budi. Baru berusia 32 tahun, Mohd. Hafifi Md. Sarni (bukan nama sebenar) merupakan pesalah yang dijatuhkan hukuman mati akibat kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya. Menyedarinya, Hafifi meminta jangan ada sesiapa lagi menambahkan hukuman lain kerana yang sedia ada sudah terlalu berat untuk ditanggung. Itu pun tidak bermakna beliau merayu simpati, cuma mengharap agar catatan hidupnya ini dijadikan satu sejarah. Walaupun mungkin ada yang menganggap hukuman ini tidak lebih daripada `pencapaian' peribadinya sendiri, yang tidak ada kena mengena dengan orang lain. ``Sejarah saya perlu diambil pengajaran sepenuhnya terutama oleh golongan muda dan remaja. Jika mereka tidak tahu sejarah seperti ini, tidak mustahil golongan tersebut akan melakukan dan mengulang perkara yang sama. Tentu sahaja masa hadapan yang sama, akan menanti,'' katanya. Dari tarikh dijatuhkan hukuman iaitu pada 24 April 2003, Hafifi begitu berharap masih ada sedikit sinar kebebasan dengan permohonan pengampunan agar hukumannya dapat diringankan. Tekanan ``Walaupun terseksa oleh penantian dan kini umpama bergantung pada sehelai rambut, namun bagaimana dapat saya nafikan perubahan besar yang saya alami, walaupun ia mungkin dianggap normal bagi setiap yang berada dalam keadaan yang sama seperti saya ini,'' ujarnya. Kata-kata itu membayangkan Hafifi kini berada dalam keadaan yang lebih tenang dan tabah, malah mampu mengawal emosi. Tetapi mungkin juga tidak, Hafifi begitu berselera menghabiskan sepinggan mi goreng, sedangkan pada paginya mengadu hanya mampu meneguk secawan teh. ``Saya tidak ada masalah dengan menu penjara. Tetapi sekarang saya sudah terlalu lapar. Kalau tidak, selagi boleh tahan, saya tidak mampu menelan sebarang makanan,'' katanya. Keadaan demikian jelas membayangkan tekanan dalam jiwanya sehingga selera makannya hilang. Jika diundurkan waktu, tentu sekali Hafifi tidak menginginkan perjalanan hidup yang sebegini buruk. Berasal dari sebuah kampung di Kelang, Selangor, Hafifi mula terjebak dengan ganja semasa bekerja di sebuah kilang membuat kereta di Shah Alam. ``Saya hanya merokok ketika itu dan mula menghisap ganja apabila setiap kali waktu rehat tengah hari, lepak-lepak bersama beberapa kawan yang menghisap ganja di sebuah rumah di Seksyen 16, Shah Alam. ``Kawan-kawan sebenarnya pun tidak pernah cuba mempengaruhi saya. Tetapi lama kelamaan akibat ingin tahu, saya sendiri menawarkan diri mencuba ganja,'' katanya. Akhirnya, menghisap ganja menjadi rutinnya setiap kali tiba waktu rehat tengah hari. Namun sesuatu yang positif masih mampu dilakukan oleh Hafifi apabila beliau mengambil keputusan menyambung pelajaran di peringkat sijil dan diploma dalam seni bina di salah sebuah institut pendidikan swasta di Kuala Lumpur. Menghampakan Selama beberapa bulan, beliau berulang alik antara Kelang dan Kuala Lumpur, sehinggalah pada suatu hari Hafifi ditimpa kemalangan jalan raya yang hampir-hampir meragut nyawanya. ``Mujur saya segera dihantar ke hospital. Namun saya terlantar hampir dua bulan lamanya di rumah,'' katanya. Apabila semakin pulih, beliau seolah-olah membalas dendam akibat lama terbaring. Keluarganya mulai melihat perubahan yang sangat ketara pada dirinya, iaitu lebih banyak membuang masa bersama kawan-kawan yang tiada arah tujuan. Lepak, berhibur dan pulang lewat malam, tidur pula esoknya sepanjang hari, Hafifi benar-benar tidak mensyukuri nikmat dipanjangkan umur akibat kemalangan itu. Menyambung kembali pelajarannya, dianggap `buang duit dan masa' sahaja. Dan keputusan ini benar-benar menghampakan orang tuanya, malah nasihat ibunya dibiarkan bagai angin yang berlalu, tanpa sebarang kesan di hati. ``Berbekal sedikit kesedaran, saya kemudiannya mendapat pekerjaan di bahagian pemasaran sebuah kilang arak di Shah Alam. Itu pun bertahan tiga bulan sahaja. Pada hari yang saya yakin akan diserap sebagai pekerja tetap, saya sendiri menyerahkan surat berhenti kerja. ``Majikan yang menyerahkan surat pengesahan jawatan setelah berpuas hati dengan prestasi kerja saya selama ini, benar-benar terkejut dengan keputusan saya untuk berhenti,'' katanya. Hafifi tidak menafikan, perbuatannya itu merupakan kesilapan demi kesilapan yang dilakukannya semata-mata kerana mengikut telunjuk hawa nafsu. ``Pada mulanya, ibu bapa saya terkejut kerana saya bekerja di kilang arak. Tetapi saya benar-benar bertuah kerana mereka cukup memahami, walaupun tidak suka. Mereka memberi peluang supaya saya menjadi lebih bertanggungjawab. ``Tetapi saya tidak mahu hidup dihambat dengan punch card, beban kerja dan yang lebih teruknya, saya anggap kerja itu menghalang saya lepak dengan kawan-kawan,'' cerita Hafifi. Tidak lama kemudian, berbekalkan sedikit modal, Hafifi menjalankan perniagaan yang mendatangkan pendapatan yang mencukupi. Beliau membuka gerai makanan di satu kawasan perumahan di Kelang. Perniagaannya mampu memberikan perubahan positif terutama belajar bertanggungjawab dan menyahut cabaran. Namun Hafifi tetap mudah terjebak! Kali ini dalam erti kata kesilapan yang maha besar, iaitu mengedar ganja. ``Saya menghadapi masalah dalam perniagaan dan tidak mahu menyusahkan orang tua. Jadi saya mengambil jalan singkat dan mudah; mengedar ganja dengan ganjaran yang cukup lumayan! ``Bayangkan sekilo ganja yang dibeli dengan harga RM600, kemudiannya dijual dengan harga dua kali ganda malah mencecah RM1,800 hingga RM2,000 sekilo, saya membayangkan satu usaha yang cukup cekal berbanding membuat pinjaman bank. ``Lebih-lebih lagi kami (bersama beberapa orang kawan) bercadang mendapatkan hampir 80 kilogram ganja yang kemudiannya akan diproses semula atau dibuat dalam bentuk tiub dan rokok, ia menghasilkan jualan yang berkali-kali ganda lumayan!'' katanya mengenang diri yang lupa saat itu. Dengan siapa Hafifi bersekongkol, rupa-rupanya rakan kongsinya sendiri yang membuahkan idea supaya kegiatan keji ini menjadi jalan terbaik meningkatkan keuntungan kedai makan mereka. Hafifi mengimbas detik-detik perjalanan jenayahnya untuk mendapatkan bekalan dan mengedar ganja. Ternyata beliau bukan sahaja menempah maut, namun yang lebih mengharukan, membelakangkan perasaan orang tuanya. Tidak dapat dibayangkan apabila Hafifi tergamak melakukan perbuatan ini ketika kedua-dua ibu bapanya ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah. Dan yang lebih buruk lagi, ia berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan. ``Ketika menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang, saya sempat memeluk dan meminta terutama daripada ibu agar mendoakan saya sepeninggalan mereka,'' ujarnya dengan perasaan yang bercampur baur, menyedari perbuatan yang bakal dilakukannya itu tidak sahaja satu kesalahan besar, malah risikonya tidak terampunkan. ``Benarlah bagai yang didoakan ibu ketika berada di Tanah Suci dan tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada 29 Disember 1999, pukul 9 malam saya akhirnya kecundang di tangan pihak berkuasa apabila ditahan polis ketika hendak membayar tol di utara tanah air. ``Saat itu, tidak terbayang lagi betapa ngerinya tali gantung tetapi saya benar-benar terkejut betapa mudahnya Allah memakbulkan doa suci seorang ibu yang mengharapkan kebaikan untuk anaknya ini. Penahanan ini benar-benar memberikan kebaikan kepada diri saya yang tidak serik-serik dan tidak tahu menghargai doa dan harapan orang tua serta keluarga,'' katanya. Kepulangan orang tuanya dari Tanah Suci yang tidak disambut Hafifi menyebabkan mereka meneka sesuatu yang buruk telah terjadi! Bagai ditimpa langit yang runtuh, apabila disahkan Hafifi terlibat dalam pengedaran ganja dalam jumlah besar! ``Saya benar-benar kejam, kerana menyambut kepulangan mereka dari Mekah dengan peristiwa buruk ini. Tuduhlah apa sahaja, saya adalah anak yang tidak mengenang budi,'' katanya kesal. Namun Hafifi tetap diakui anak, malah yang lebih mengharukan, kejadian ini masih mampu diterima dengan lapang dada oleh orang tuanya. Tanpa sempat berehat, keesokan harinya mereka berkejar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang untuk mengetahui nasib Hafifi. Cerita Hafifi lagi: ``1 Syawal, ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, kami bertemu dalam suasana yang sungguh mengharukan. Hangat air mata ibu yang tumpah masih saya rasakan hingga hari ini. Begitu juga pelukan ayah yang tabah berkata: ``Apa yang berlaku ini, Abah anggap satu dugaan bagi Abah! Abah mesti kuat. Begitu juga dengan Ateh (panggilan mesra Hafifi) juga mesti anggap ini satu dugaan dan kena hadapi dengan tabah!'' Sehinggalah dipanggil untuk bicara mahkamah dan menjalani sesi-sesi perbicaraan yang berlarutan berbulan-bulan lamanya, Hafifi akhirnya tetap disabitkan kesalahan oleh hakim dan dijatuhkan hukuman yang paling ditakuti. Namun hakikat yang cukup pilu, ibu bapa Hafifi masih mampu melalui saat-saat sukar dengan setia mendampingi anak yang telah dijatuhkan hukuman ngeri ini. ``Setiap bulan, awal-awal pagi lagi mereka sudah menunggu di luar penjara untuk menemui saya. Ibu kini tidak lagi bergenang air mata tetapi beliau tunjukkan senyuman untuk menjadi bekal yang menjadi sumber kekuatan saya di sini. ``Begitu juga abah.... `' ujar Hafifi tidak mampu menghabiskan kalimatnya. Moga pengalaman ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya tidak mudah terjebak dan leka dengan kekayaan dunia. Monday, February 14, 2005 Today is my sad story coz Pak ngah aku meninggalkan kami buat selamanya mase dia menunaikan haji kat Mekah baru2 nie...Allah lebih sayangkan dia..moga2 Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..Amin YA Rabb...peliharalah Pak Ngah dalam keredhaanMu Ya Allah dan masukkkan dikalangan hamba2-Mu yg soleh...dia jatuh sakit malam jumaat lepas ambik wudu' nak solat maghrib kat mekah...Alhamdulillah jenazahnya selamat dikebumikan di sana...moga Pak Ngah akan dibangkitkan bersama2 org2 soleh dan beriman pade Ilahi..Amin...Al-Fatihah buat Pak Ngah...kami akan sentiase mendoakan kesejahteraan Pak Ngah di sana...wassalam... Ariane 5 berjaya dilancarkan ke orbit PARIS 13 Feb. - Agensi angkasa Ero-pah, Arianespace telah berjaya melancarkan roket Ariane 5 yang mampu membawa bebanan seberat 10 tan ke orbit semalam dari Kourou, French Guiana, menurut kenyataan ibu pejabat Arianespace. Roket yang membawa dua satelit itu dilancarkan pada pukul 5.03 minit pagi waktu Malaysia, lewat sejam daripada jadual asal berikutan kebimbangan mengenai pengesan tekanan. Versi pertama roket Ariane 5 ECA gagal semasa dilancarkan pada Disember 2002 apabila meletup di ruang angka Lautan Atlantik memusnahkan satelit berharga berbilion ringgit. Pelancaran roket tersebut merupakan salah satu usaha Eropah menyaingi Amerika Syarikat dan Rusia dalam industri angkasa lepas yang menjanjikan pulangan lumayan. Syarikat Aeronautik Eropah dan gergasi angka lepas EADS menguasai 27.03 peratus pegangan dalam Arianspace yang menjalankan operasi dan pemasaran pusat pelancaran yang direka oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA). Roket Ariane 5 ECA akan menempatkan satelit XTAR-EUR seberat 3.5 tan bagi menyediakan komunikasi kerajaan dan ketenteraan untuk Amerika Syarikat dan Sepanyol bagi kawasan antara timur Brazil sehingga Singapura. Ia juga membawa satelit Belanda, Sloshsat seberat 127 kilogram bagi menguji kedinamikan cecair di orbit. Hasil siasatan ke atas malapetaka pada 2002 mendapati ia berpunca daripada kegagalan sistem penyejukan pada motor Vulcain-2. - AFP |